web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saifuddin Terus Membongkar, Sanusi Pernah Bergambar Dengan ‘Penyeludup’ REE 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 12:10PM

Foto Muhammad Sanusi Md Nor dan So Loi Fat yang didedahkan Saifuddin Nasution Ismail - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terus agresif membongkar pelbagai perkara berkaitan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Terbaru, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan sekeping foto memaparkan Sanusi bersama seorang rakyat China, yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam perlombongan haram. 

Menerusi pendedahan itu, Saifuddin ternyata ‘mengotakan’ janji untuk untuk membuktikan segala dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Sanusi pada 2020 memiliki kaitan dengan seorang rakyat China dikenali sebagai So Loi Fat, yang dituduh menyeludup nadir bumi (REE) dari Kedah. 

Menafikan bahawa ia adalah sebahagian daripada kempen politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, Saifuddin memberitahu, ia adalah perjuangan demi menegakkan kebenaran. 

“Sanusi patut menafikan mengapa beliau menafikan mengenali lelaki tersebut, dikenali sebagai So Loi Fat, walapun mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membolehkan dia memasuki negara ini pada 2020.  

“Sanusi mendakwa beliau tidak tahu siapa So Loi Fat dan tidak terlibat dalam hal ehwal Perbadanan Menteri Besar (MBI). Memang tidak ada salahnya untuk Sanusi bergambar dengan So Loi Fat..kita tidak menafikan perkara itu. Tetapi kenapa beliau menafikan mengenali lelaki itu,” katanya. 

Sanusi telah mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri waktu itu dan secara jelas memaklumkan, beliau memohon permit kerja untuk So Loi Fat. 

Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail
Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail

“Memandangkan anda menulis surat bagi pihak dirinya, bagaimana kamu boleh kata tidak mengenali dia,” kata Setiausaha Agung PKR itu dalam sidang media di sini, semalam. 

Walaupun Sanusi sudah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Saifuddin berhubung sebarang isu berkaitan, menteri kanan itu enggan mengalah dan siasatan polis sudah mula digerakkan untuk membongkar misteri di sebalik perlombongan mineral berharga itu. 

Pertarungan antara ‘dua S’ yang berlaku di Kedah ketika ini walaupun dilihat sebagai cubaan memancing undi, namun tegas Saifuddin, beliau hanya mahu menyatakan kebenaran. 

Perikatan Nasional Kedah di bawah pimpinan Sanusi kekal menjadi pilihan utama di negeri tersebut setakat ini, namun sumber dalaman memberitahu, PH berupaya memberikan tentangan sengit. 

Kedah ketika ini menjadi mendan pertarungan paling menarik antara kesemua enam negeri susulan faktor peralihan sokongan di negeri berkenaan. 

Pada 2008, sokongan pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS. Pada 2013, mereka kembali menyokong Barisan Nasional dan pada 2018, memilih untuk berpihak kepada PAS. 

Pada 2020, kerajaan negeri Kedah bagaimanapun jatuh ke tangan PAS dan sekutu baharu mereka, BERSATU selepas Menteri Besar waktu itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Sementara itu, Sanusi dilaporkan berkata, Loi Fat sudah berada di negara ini sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 2020. 

Muhammad Sanusi Md Nor - gambar fail
Muhammad Sanusi Md Nor - gambar fail

Katanya, So Loi Fat yang juga pemilik syarikat Prospek Suria datang ke pejabatnya bersama rakan baik Saifuddin, iaitu seorang peguam. 

“Prospek Suria ketika itu sedang bekerjasama dengan MBI dalam projek REE sebelum saya dilantik sebagai Menteri Besar. Saifuddin mendakwa saya menandatangani surat untuk So Loi Fat memasuki Malaysia sedangkan dia sudahpun berada di Malaysia. 

“Saya hanya menyedari lelaki dimaksudkan Saifuddin selama ini ialah Mr So apabila melihat foto itu,” katanya. 

Tegas Sanusi, Saifuddin perlu memeriksa fakta sebenar terlebih dahulu. 

Sanusi bagaimanapun memberitahu, beliau tidak akan mendedahkan nama peguam yang mewakili Loi Fat kerana tahu taktik digunakan Saifuddin.  

Katanya, pencuri sebenar nadir bumi itu ialah rakyat tempatan yang sudah ditahan. 

Beliau turut mempersoalkan niat sebenar Saifuddin yang bersungguh mahu menyiasat kes REE di Kedah, sedangkan terdapat 59 lombong haram dikenal pasti di negara ini. - The Vibes, 2 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

3

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran