web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluasan Konsep Rahmah Cambah Inisiatif Baharu Bantu Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 9:32AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melakukan pelepasan lori Rahmah pada program penutupan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Plaza Pavillion Bukit Jalil baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta yang diluluskan kerajaan bagi memperluas konsep Rahmah mampu mencambah pelbagai inisiatif baharu dalam usaha membantu rakyat menangani isu kos sara hidup. 

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM) Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata ia sekali gus memberikan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya di luar bandar.

“Konsep Rahmah ini memberi kesan yang positif terutama kepada kumpulan B40 dan M40 kerana bagi saya tidak ada pengkelasan atau diskriminasi kepada sesiapa atau kumpulan mana pun untuk mendapatkan Menu Rahmah ataupun barangan keperluan dengan harga Rahmah. 

“Saya menyokong usaha konsep Rahmah ini dan bagi saya, konsep ini perlu diperluaskan misalnya peralatan sekolah atau yuran (pengajian) universiti bukan sekadar Menu Rahmah atau barangan keperluan harian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan itu membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan rakyat di setiap Dewan Udangan Negeri (DUN) seluruh negara mendapat manfaat daripada konsep berkenaan.

Antara inisiatif di bawah Payung Rahmah yang diusahakan KPDN adalah Jualan Rahmah iaitu program jualan murah sepanjang tahun oleh pasar raya besar dan pasar raya. 

Selain itu, inisiatif Bakul Rahmah adalah agihan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan manakala program Menu Rahmah merupakan hasil kerjasama strategik dengan pengusaha restoran bagi menawarkan juadah harian pada kadar mampu milik.

Sementara itu, penganalisis politik dan media sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata tambahan peruntukan bagi meluaskan konsep Rahmah ini dapat memastikan manfaat program itu sampai kepada golongan sasar.

“Bagi saya konsep Rahmah ini harus diteruskan memandangkan ia dapat mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi dan konsep ini harus diteruskan bagi menjaga kebajikan rakyat kerana semua pihak termasuk golongan B40 dan M40 pun terkesan,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya skop dan sektor terlibat dalam konsep Rahmah ini diperluaskan serta bersifat lebih menyeluruh supaya beban perbelanjaan rakyat dapat dikurangkan, termasuk penambahan jenis barangan yang ditawarkan dengan harga Rahmah.

Selain itu, beliau berkata kajian pasaran tempatan mengenai punca yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup perlu dilakukan dalam mencari jalan penyelesaian tuntas demi memelihara kebajikan rakyat. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

'Perjuangan Rahmah' Diperluas, Peruntukan Tambahan RM50 juta Di Seluruh DUN - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KPM Harap Ada Peruntukan Tambahan Dalam Bajet 2023 Bulan Depan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad