web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Harap Ada Peruntukan Tambahan Dalam Bajet 2023 Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 3:00PM

Fadhlina berkata peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk mengurus dan menyelenggara sekolah daif di seluruh negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap terdapat peruntukan tambahan bagi sektor pendidikan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk mengurus dan menyelenggara sekolah terutama sekolah-sekolah daif di seluruh negara.

“Memang keutamaan kita, itu sebab saya kata apabila ia menjadi keutamaan, pastinya dalam belanjawan itu juga tertumpu kepada pembangunan sekolah-sekolah di seluruh negara,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Bandar Tinggi, di sini, hari ini.

Fadhlina turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk sekolah berkenaan bagi membaik pulih bahagian bangunan yang usang.

Menyentuh mengenai projek sekolah daif, beliau berkata terdapat lebih 300 projek tersebut di seluruh Malaysia dengan 12 daripadanya di Johor.

Selain projek sekolah daif, KPM juga akan melihat penyelenggaraan dan penambahbaikan kuarters guru yang daif bagi menjaga keselesaan dan kebajikan mereka.

Pada Bajet 2022, KPM menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion iaitu 16 peratus keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

3

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 52 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad