Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Perjuangan Rahmah' Diperluas, Peruntukan Tambahan RM50 juta Di Seluruh DUN - PM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 7:11PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) merasmikan majlis penutup sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Plaza Pavillion Bukit Jalil hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi memperluas konsep Rahmah yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan itu membolehkan kementerian itu memastikan rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara mendapat manfaat daripada konsep berkenaan.

“Saya mahu perjuangan Rahmah ini diperluaskan...kementerian ada mengusulkan kalau boleh kita perluas di kawasan DUN, saya akan pastikan untuk menyegerakan pelaksanaan ini secara berperingkat dan kita luluskan tambahan RM50 juta. 

Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah kerana tidak ada makna bicara soal rahmah, tiada makna bicara soal perjuangan, tiada erti bicara soal ihsan, belas kasihan dan prihatin kalau soal makanan mereka (rakyat) pun tidak terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Pavilion Bukit Jalil, di sini hari ini.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan inisiatif itu kerana berjaya memaknai erti ihsan dan rahmah yang diketengahkan menerusi konsep Malaysia MADANI dan mahu mereka mempertahankan rekod yang dipamerkan agar rakyat terus mendapat manfaatnya.

Beliau percaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dan pegawai di kementerian yang terlibat dalam membawa agenda itu ke hadapan. 

“Pertahankan rekod dan tekad lagi. Ada kejayaan awal yang dilakukan dan perbelanjaan juga tinggi serta kerjasama ramai syarikat yang saya tak dapat nak sebut kerana ramai sekali.

"Saya beritahu Salahuddin (Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub) sebelum ini bila kerajaan ambil inisiatif Rahmah dan disambut oleh restoran, kedai dan toko-toko, saya sangat rasa terharu dan kita patut adakan satu majlis penghargaan kepada mereka,” kata Anwar.

Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Semasa hayatnya beliau amat komited dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

Kementerian yang diterajuinya itu menggerakkan inisiatif Payung Rahmah dengan pelbagai program untuk membantu golongan sasar antaranya Jualan Rahmah iaitu program jualan murah sepanjang 2023 oleh pasar raya besar dan pasar raya serta Bakul Rahmah yang menyasar sumbangan berbentuk bakul makanan (keperluan harian) bernilai RM100.

Barangan keperluan itu adalah beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, bihun dan telur yang akan disumbangkan oleh rakan strategik kepada kumpulan sasar.

Menu Rahmah pula adalah program kementerian itu bersama rakan strategik membabitkan Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) dan Persatuan Pengusaha Restoran dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan membantu serta mengurangkan kos sara hidup terutama bagi golongan miskin tegar dalam kalangan B40. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

4

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 4 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara