web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Warta 134,183 Hektar Tanah Sebagai Rizab Harimau Diraja Al Sultan Abdullah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 5:34PM

Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah akan diwartakan menjelang akhir 2028 - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -- Kerajaan Pahang sedang dalam proses mewartakan kawasan seluas 134,183 hektar tanah rizab bagi Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah menjelang akhir 2028, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Beliau berkata fasa pertama usaha itu meliputi kawasan seluas 92,649 hektar membabitkan keseluruhan kawasan Hutan Simpan Gunung Aais di Jerantut dan rizab tambahannya sebagai Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah diwartakan melalui notis bertarikh 4 Mei tahun ini, manakala selebihnya akan dilaksanakan dalam fasa dua melibatkan Hutan Simpan Tekai-Tembeling.

“Ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Pahang melalui Jabatan Perhutanan negeri untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya dan kawasan merayau mereka, sekali gus mengelak konflik antara manusia dan hidupan liar.

“Tanah rizab ini merupakan inisiatif pemuliharaan Harimau Malaya yang pertama di Malaysia dan sebenarnya kawasan rizab ini akan menjadi sebahagian daripada projek kredit karbon di bawah skim Kumpulan Wang Hutan Malaysia sebagai salah satu daripada banyak usaha untuk meningkatkan pemuliharaan hutan secara kolektif,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Harimau Pahang Pertama di sini hari ini yang turut hadiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam ucapannya, Johari berkata beliau dimaklumkan kini terdapat kurang daripada 150 ekor Harimau Malaya di Malaysia, dengan 39 daripadanya berada di Pahang.

Pahang mengambil langkah serius dalam melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya - gambar hiasan
Pahang mengambil langkah serius dalam melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya - gambar hiasan

Johari juga berkata kerajaan Pahang mengambil langkah serius dalam melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya, dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memelihara hutan.

"Sehingga 2021, kawasan berhutan di Pahang berjumlah 2.04 juta hektar, mewakili 57 peratus daripada kawasan negeri ini. Kawasan hutan ini termasuk Hutan Simpan Kekal, Hutan Perlindungan dan Hutan Tadahan Air.

"Dengan ini, Pahang telah menjadi penyumbang terbesar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia," katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Harimau Malaya berada di ambang kepupusan kerana populasinya berada pada tahap membimbangkan dan akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, jika langkah luar biasa tidak diambil. 

“Bertindak atas perkara ini, Kabinet Malaysia pada 2021, bersetuju dengan sembilan tindakan luar biasa bagi pemuliharaan Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun, bermula dari 2021 hingga 2030.

 Kabinet Malaysia pada 2021, bersetuju dengan sembilan tindakan luar biasa bagi pemuliharaan Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun - gambar hiasan
Kabinet Malaysia pada 2021, bersetuju dengan sembilan tindakan luar biasa bagi pemuliharaan Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun - gambar hiasan

“Tindakan luar biasa itu berdasarkan tiga pendekatan iaitu pengukuhan di peringkat akar umbi dan pemuliharaan habitat Harimau Malaya, menambah baik tadbir urus dan keberkesanan dalam pelaksanaan usaha pemuliharaan dan memantapkan inisiatif untuk memastikan kemandirian spesies Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan yang inovatif dan habitat Harimau Malaya skim akreditasi," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Rosli Isa.

Nik Nazmi juga memaklumkan kementerian turut memgambil tindakan strategik menangani krisis populasi Harimau Malaya dengan kerajaan Pahang, seperti menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) pada tahun lepas.

Selain itu, Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) diperkukuhkan yang antara lain menyaksikan 302 Renjer Komuniti dilantik tahun ini dengan peruntukan RM9 juta.

Pusat Konservasi Harimau Malaya juga ditubuhkan di Lanchang, Temerloh pada 1 Feb 2022 bagi menjalankan program pembiasan haiwan itu secara berfokus. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar