web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Hassanal Bolkiah Lawat Malaysia Minggu Depan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 8:18AM

Perdana Menteri (kiri) bersama Sultan Hassanal Bolkiah dalam lawatan rasmi ke Brunei Januari lalu - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memaklumkan bahawa Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan ke negara ini minggu hadapan. 

Beliau berkata lawatan berkenaan antara lain bagi menandatangani perjanjian termasuk perjanjian pelaburan ke Malaysia yang pastinya memberi impak positif kepada negara.

“Dalam masa lapan bulan saya jadi Perdana Menteri, sudah dua kali Sultan Brunei datang ke Malaysia…kita buat kerja kita, pelaburan itu penting, tak ada pelaburan kita tak ada fulus (wang),” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di sini malam ini.

Sebelum ini, menurut Anwar, syarikat automotif China, Geely juga telah menghantar surat kepada beliau memaklumkan berkenaan kerjasama pelaburan berjumlah US$10 bilion untuk menjadikan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil terbesar di rantau ini.

“Kalau Perikatan Nasional nak jerit, atau maki, Anwar bohong, tipu, saya nak beritahu surat itu saya boleh edarkan…tengah hari tadi Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu bawa setengah jemaah menteri dia bincang dengan kita termasuk untuk tingkatkan pelaburan dan pelancongan …ini kerana dasar negara kita yang stabil,” katanya.

 Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jentera yang terlibat pada Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jentera yang terlibat pada Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) optimis bahawa Negeri Sembilan masih merupakan kubu kuat PH termasuk Dewan Undangan Negeri di Port Dickson yang perlu dikekalkan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

"Ada mantan menteri yang melalak sana-sini tapi tiada sambutan, Port Dickson kubu kita, jaga baik-baik jangan ada usaha memecah-belahkan kita.

Saya harap di Negeri Sembilan dengan kerjasama rapat antara parti, kita mesti pertahankan kekuatan Negeri Sembilan ini sebagai kekuatan yang penting, asas kepada Kerajaan Perpaduan, kerja kita selamatkan negeri dan negara ini,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam ucapannya berkata parti itu akan sentiasa berjuang berlandaskan Perlembagaan dan memartabatkan hak keistimewaan orang Melayu.

Justeru, beliau berkata orang ramai tidak perlu merasa bimbang dan termakan dengan fitnah kononnya jika ada DAP dalam kerajaan, Bahasa Melayu dan keistimewaan kepada orang Melayu akan terhakis.

“Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ada dalam Kabinet, kerana kita tahu negara kita aman dan damai dan mesti memberikan kerjasama... kalau soal Bahasa Melayu, saya tidak teruk, SPM A1, saya bangga walaupun saya anak Cina,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar