web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:39PM

Ahmad Maslan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merekodkan kutipan hasil sebanyak RM99,376,235.41 sejak Januari hingga 22 Julai, tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kutipan itu menghampiri sasaran tahun in iaitu sebanyak RM207.19 juta.

"JKDM Kelantan berjaya mematahkan 495 kes penyeludupan dengan nilai rampasan RM746,280.23 dan cukai RM136,067.41 bagi tempoh setengah tahun 2023.

"Penyeludupan rokok antara rampasan terbesar JKDM dengan nilai RM2,038,046.64 dan cukai terlibat sebanyak RM12,266,544.02 melibatkan 227 kes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Operasi JKDM di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Bunga  (ICQS) Bukit Bunga, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata bagi kes kedua tertinggi melibatkan rampasan beras sebanyak 118 kes dengan nilai RM87,136.45 dan cukainya sebanyak RM33,717.50.

"Komoditi lain yang dirampas seperti mercun, kenderaan, ayam beku, minyak petrol, minuman keras, minyak masak, dadah dan lain-lain.

 "JKDM Kelantan telah berjaya melakukan tender kenderaan lucut hak bagi tahun 2023 sebanyak tiga kali dengan jumlah hasil yang berjaya diperoleh RM1,575,147.66 dengan jumlah kenderaan 158 buah," katanya.

Katanya orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan lain- lain.

"Aktiviti penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya. --BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 3 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar