web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hutang FELDA: Anwar Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf, Ganti Rugi RM200 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 8:14PM

Perdana Menteri menuntut permohonan maaf Muhyiddin disiarkan dalam akhbar dan media pilihannya - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut supaya Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam berhubung pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion dan bayaran ganti rugi atau pampasan RM200 juta atas kecederaan teruk reputasinya sebagai Perdana Menteri,

Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media pilihan anak guamnya serta memadamkan segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah, selain menuntut Muhyiddin menarik balik surat tuntutan beliau.

"Pihak kami juga menuntut Muhyiddin membayar ganti rugi atau pampasan substantif sebanyak RM200 juta untuk kecederaan teruk yang dilakukan ke atas reputasi anak guam kami yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan membayar segala kos guaman yang telah berbangkit daripada perkara ini.

Oleh itu, kami telah diarahkan oleh anak guam (Anwar) kami untuk menyatakan bahawa sekiranya anak guam kami tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh surat ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan perundangan terhadap Muhyiddin," kata peguam itu menerusi surat yang dihantar kepada peguam mewakili Muhyiddin hari ini.

Nair ketika dihubungi Bernama berkata surat itu dihantar pada 4.45 petang tadi.

Muhyiddin meneruskan tindakan saman terhadap Anwar kerana mendakwa Perdana Menteri gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat dalam tempoh 24 jam - gambar fail
Muhyiddin meneruskan tindakan saman terhadap Anwar kerana mendakwa Perdana Menteri gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat dalam tempoh 24 jam - gambar fail

Menurut Nair, pihaknya juga merujuk kepada surat tuntutan Muhyiddin bertarikh 18 Julai yang memberikan Anwar tempoh masa 24 jam untuk membalas surat tuntutan berkenaan.

"Harus ditegaskan bahawa anak guam kami (Anwar) telah memberi maklum balas kepada anak guam kamu (Muhyiddin) dalam tempoh masa yang telah diberikan dengan membuat satu kenyataan media bertarikh 20 Julai lepas menerusi hantaran Facebook.

Oleh itu, ia adalah satu salah tanggapan dan tindakan jahat oleh Muhyiddin untuk menyatakan kepada pihak media bahawa Anwar masih belum memberikan apa-apa maklum balas kepada dakwaan Muhyiddin," kata Nair menerusi surat itu.

Menurut Nair, kandungan surat Muhyiddin mengandungi dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan itu telah membuat kenyataan fitnah terhadap Muhyiddin berhubung pelupusan Felda itu ketika berucap pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang pada 7 Julai dan semasa dialog di Universiti Utara Malaysia pada 8 Julai.

"Hakikatnya, anak guam kami yang telah melupuskan hutang Felda berjumlah RM 8.3 bilion dan bukannya Muhyiddin," kata Nair.

Menurut peguam itu, transkripsi yang dikemukakan dalam surat tuntutan Muhyiddin telah dipetik di luar konteks dan diputar belit semata-mata untuk memberikan suatu gambaran yang tidak benar dengan niat untuk memfitnah apabila tidak mengemukakan transkripsi penuh dan teratur ucapan-ucapan Anwar.

"Sehubungan itu, anak guam kami (Anwar) menegaskan bahawa Muhyiddin telah sengaja dan berniat jahat memfitnah anak guam kami dalam menerbitkan kenyataan-kenyataan tidak benar dan di luar konteks," dakwanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran