web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Terima Kunjungan Mufti Besar India

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 9:54PM

PM diundang oleh Syeikh Abu Bakar (empat dari kiri) ke Jamia Markaz di India tahun lepas - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Mufti Besar India dan juga Pengasas Jamia Markaz, Kerala, India Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari di pejabatnya di Putrajaya. 

Perdana Menteri berkata beliau berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  Syeikh Abu Bakar di atas kunjungan itu. 

“Semoga kehadiran beliau dapat dimanfaatkan oleh kita khususnya dalam bidang kepakaran beliau mengenai kitab Sahih al-Bukhari,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini. 

Menurut Perdana Menteri,  Syeikh Abu Bakar dijangka menghadiri beberapa sesi majlis ilmu termasuk Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan pada 22 Julai di Putrajaya yang akan turut dihadiri beliau sendiri. 

Anwar berkata pada tahun lepas beliau diundang oleh Syeikh Abu Bakar ke Jamia Markaz yang dipimpin beliau dan terletak dalam bandar ilmu, Markaz Knowledge City di Kozhikode, Kerala.

Kata Perdana Menteri ketika berada  di Kerala untuk beberapa hari beliau menekuni beberapa inisiatif pembangunan umat, selain meluangkan masa menyantuni anak-anak yang menuntut di sana.  -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar