web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zambry Adakan Mesyuarat Dua Hala Dengan Rakan NAM Dari 7 Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:33AM

Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari tujuh negara di luar Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Baku, Azerbaijan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari tujuh negara di luar Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Baku, Azerbaijan pada Rabu.

Mereka terdiri Menteri Luar Azerbaijan Jeyhun Bayramov, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Iraq Dr Fuad Muhammad Hussein, Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian, Menteri Luar Nepal Narayan Prakash Saud, Pemangku Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Sudan Selatan Deng Dau Deng Malek, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan Menteri Luar Venezuela Yvan Gil-Pinto.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa semasa pertemuan Zambry dengan rakan sejawatannya dari Iraq, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala.

“Timbalan Perdana Menteri Iraq telah memanjangkan jemputan kepada Malaysia untuk bekerjasama dalam usaha pembinaan semula negara Iraq yang sedang dalam proses pemulihan selepas era perang yang berpanjangan. 

Ketika pertemuan dengan rakan sejawat beliau dari Azerbaijan, Zambry merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Azerbaijan atas kejayaan menjadi pengerusi NAM dari tahun 2019 sehingga kini, dengan NAM aktif menyuarakan pandangannya mengenai pelbagai isu yang berkepentingan bersama di arena antarabangsa.

“Selain itu, kedua-dua menteri luar negeri juga bersetuju untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala yang kini telah mencapai ulang tahun ke-30 pada tahun ini,” menurut Wisma Putra.

Sementara itu, pertemuan dengan Menteri Luar Turkiye, perbincangan tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala serta kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan Malaysia-Turkiye.

Selain itu, isu-isu yang dibangkitkan oleh Zambry semasa pertemuan dua hala, termasuklah masalah syarikat Malaysia di luar negara, meningkatkan kerjasama, potensi perdagangan dan pelaburan baharu serta isu-isu berkepentingan bersama.

“Permintaan tinggi untuk pertemuan dua hala bersama Zambry memaparkan kredibiliti Malaysia sebagai negara anggota NAM yang dinamik, berpengaruh dan sentiasa tegas dalam menyuarakan pandangan terhadap krisis semasa serantau dan global,” menurut Wisma Putra. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan