web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JIM Lancar Siasatan Segera, King Sing Mengaku Terbabit Kekecohan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 6:25PM

Tiong King Sing - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan serta merta sudah digerakkan Jabatan Imigresen (JIM), susulan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang didakwa melibatkan seorang menteri.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek berkaitan.

Menurut beliau, orang ramai sehubungan itu diminta memberikan kerjasama agar proses siasatan berjalan dengan lancar.

 Ruslin Jusoh
Ruslin Jusoh

“JIM merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan oleh sebuah portal berita atas talian bertajuk ‘EKSKLUSIF: Menteri buat kecoh di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan.

“Berita berkenaan diterbitkan semalam dan dipetik oleh beberapa agensi media yang lain,” katanya hari ini.

Ruslin menyatakan demikian sebagai mengulas insiden membabitkan menteri tersebut yang dikatakan berlaku apabila beliau cuba membebaskan seorang pelawat dari China.

Seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat China yang ditahan, sehingga aksinya itu tular di media sosial. - Tangkap layar dari video di TikTok
Seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat China yang ditahan, sehingga aksinya itu tular di media sosial. - Tangkap layar dari video di TikTok

Kekecohan timbul apabila menteri berkenaan menceroboh balai ketibaan antarabangsa, gara-gara mahu membebaskan pelancong wanita itu yang ditahan JIM.

Insiden terbabit tular di media sosial, apatah lagi selepas menteri dikatakan itu menggunakan kuasa dimiliki, termasuk memarahi pegawai penguatkuasa bertugas.

Ruslin ketika mengulas lanjut berkata, orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Jabatan ini memohon supaya orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus, dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menggganggu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini mengesahkan bahawa beliau adalah menteri dimaksudkan.

Katanya seperti dipetik Sinar Daily, beliau berada di lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada pelancong.

Tegas King Sing, kehadirannya amat diperlukan bagi melihat sendiri permasalahan yang timbul. - Getaran, 30 Jun 2023



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar