web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Bikin Kecoh Di KLIA Demi ‘Selamatkan’ Pelawat China Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 2:25PM

Seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat China yang ditahan, sehingga aksinya itu tular di media sosial. - Tangkap layar dari video di TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat China yang ditahan, sehingga aksinya itu tular di media sosial.

Dalam kejadian petang semalam itu, menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Difahamkan, beliau bertindak sedemikian bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di KLIA.

Memetik laporan BebasNews, menteri berkenaan pergi ke KLIA selepas mengetahui insiden tersebut dan masuk ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

@udin_api #pnbest #pnbestbersihdanstabil #bersihdanstabil #fypシ゚viral ♬ Breaking News - Breaking News

Sumber memaklumkan, sebaik sahaja tindakannya itu dihalang, beliau menggunakan kuasa sebagai menteri, termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai Imigresen.

Difahamkan, ia adalah kali ketiga menteri berkenaan melakukan tindakan sama terhadap pelawat yang ditahan daripada memasuki negara ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci kekecohan membabitkan menteri terlibat.

Katanya, setakat ini Kementerian Pengangkutan masih belum menerima sebarang maklumat lanjut berhubung insiden itu.

"Saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku dan sudah tentu protokol keselamatan perlu dipatuhi, tetapi apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa penerbangan kerana saya rasa mereka akan buat siasatan yang lebih terperinci," katanya. – Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad