Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasi Ayam Penyet Kelirukan Pelanggan Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:45PM

MBJB bertindak segera memeriksa rumah berkenaan. - Gambar dari Facebook MBJB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bila mendengar nama Kak Siti Ayam Penyet, sudah pasti kita yakin bahawa ia 100 peratus milik orang Melayu dan beragama Islam. 

Tambahan pula apabila juadah berkenaan yang dijual secara atas talian itu mendapat pujian, sekali gus mencetuskan keinginan untuk mencuba, walaupun tidak pernah mengunjungi kedai terbabit secara fizikal.

Tetapi, lain pula kisahnya, apabila seorang penghantar makanan atas talian berani mendedahkan bahawa perniagaan Kak Siti Ayam Penyet yang beroperasi di sebuah rumah dekat Taman Johor Jaya di sini, sebenarnya diusahakan sepasang suami isteri berbangsa Cina. 

Ditularkan di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai yang secara automatik gusar dengan pendedahan itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan pantas mengambil tindakan sewajarnya. 

Datuk Bandar MBJB, Datuk Adib Azhari Daud berkata, pihaknya mengambil tindakan segera berdasarkan aduan awam yang disalurkan menerusi laman media sosial itu iaitu mengeluarkan satu notis amaran menutup perniagaan itu serta-merta. 

“Berhubung isu peniaga yang menjalankan perniagaan makanan di rumah secara atas talian dan menimbulkan kegusaran orang ramai, sepasukan anggota penguatkuasaan MBJB telah menjalankan siasatan semalam dan mendapati bahawa benar perniagaan itu dijalankan pasangan suami isteri terbabit. 

“Mereka menjalankan perniagaan pelbagai jenis makanan di rumah itu dengan menggunakan aplikasi pemesanan makanan atas talian dan siasatan turut mendapati bahawa pasangan tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB),” katanya.

Menurut beliau, MBJB mengeluarkan satu notis amaran kepada peniaga tersebut di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan mengarahkan ia  ditutup serta-merta.

“Kita turut mengarahkan segala iklan perniagaan yang dipamerkan dibuka,” katanya. 

Adib memberitahu, pemantauan yang dijalankan mendapati perniagaan itu kekal ditutup setakat ini.

“Sekiranya perniagaan tersebut didapati beroperasi semula, tindakan sitaan barangan akan diadakan secara serta-merta,” jelasnya. 

Katanya lagi, MBJB turut memanjangkan aduan terbabit serta laporan siasatan kepada agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tindakan susulan. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kalimah Allah: Kenapa Nak Tipu, Kelirukan Rakyat? – PM

2

Selera 1 tahun yang lalu

Kopi Jiran Imbau Nostalgia Zaman Dahulu

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rupa-Rupanya Komposer LY, Guru Bahasa Malaysia Sharifah Shahora Waktu Sekolah Menengah Di JB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BNM Akan Ambil Tindakan Jika Kesilapan Pemprosesan CIMB Langgar Peraturan

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN

Semasa 8 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN