web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Akan Bertolak Ansur Soal Rasuah, Tadbir Urus - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:22PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VIENTIANE - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam soal tadbir urus dan rasuah dalam pentadbirannya.

Beliau berkata adalah menjadi komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memulakan budaya baharu yang bebas salah guna kuasa dan rasuah.

"Perkara yang tidak boleh dikompromi ialah budaya menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam (untuk mengayakan diri dan keluarga anda).

"Sebaik sahaja anda menjadi Perdana Menteri, isteri, anak-anak dan ipar-duai tiba-tiba menjadi jutawan. Ini perlu dihentikan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Laos di Kedutaan Malaysia di sini hari ini.

Majlis tersebut, yang diadakan sempena lawatan rasmi Anwar ke Laos, dihadiri kira-kira 230 komuniti Malaysia di negara itu.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

Anwar juga berkata kerajaan pimpinan beliau akan memudah cara dan sedia menjalin kerjasama untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia termasuk ke negeri pembangkang.

Merujuk kepada perjanjian kerjasama antara Mutiara Perlis Sdn Bhd dan Thanaleng Dry Port yang ditandatangani hari ini, Perdana Menteri berkata ia penting untuk pembangunan Perlis serta selatan Thailand.

"Walaupun Perlis di bawah PAS, saya tetap bagi sokongan," katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut merasmikan bangunan Kedutaan Malaysia di Laos yang telah dibeli oleh kerajaan sejak 2016. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad