web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Ustaz Zainul Asri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:21PM

Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu hari ini berkata Muhd Zainul Asri telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan namun tidak direman.

“Dalam pertemuan pertama (dengan polis) itu, dia telah mengakui kesilapannya dan berkata terlalu teruja apabila mendapat sambutan dalam perhimpunan tersebut.

"Namun saya dimaklumkan siasatan diteruskan sebab ada aduan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini.

Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap penceramah bebas berkenaan berhubung perkara itu, semalam.

Hari ini, Muhd Zainul Asri telah membuat permohonan maaf berhubung ucapannya yang disiarkan menerusi laman Facebook beliau. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad