web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Mohamad bercakap kepada pemberita semasa sidang media selepas selesai majlis pengebumian penuntut INSTAR, Pangkalan Udara Sendayan Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi di Tanah Perkuburan Kampung Rawa Hulu, Lenggeng, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Lembaga Penyiasatan yang ditubuhkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mengenal pasti punca insiden letupan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dekat sini semalam akan terdiri daripada panel terlatih terutama dalam bidang letupan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan itu akan dilakukan dengan teliti merangkumi pelbagai aspek termasuk kemungkinan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan latihan berkenaan.

“Kita tak boleh sebarang penyiasat, mesti orang yang pakar dan terlatih dalam pengendalian bahan letupan untuk kita kenal pasti punca sebenar kejadian itu. Jika ada apa-apa, kita akan ambil pengajaran semasa menjalani latihan (seterusnya).

“Saya tak dapat pastikan bila ia akan diselesaikan tapi badan siasatan telah dilantik, bukan senang, Panglima Tentera Udara pun dah pergi ke tempat kejadian pagi tadi dan lihat bagaimana keadaan di situ, Alhamdulillah ada saksi iaitu seorang pakar pengendalian bahan letupan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri istiadat pengebumian penuntut Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, yang terkorban ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di kem itu.

Selain Mohd Iqmal yang disahkan maut di tempat kejadian pada 12.10 tengah hari itu, jurulatih Koperal Udara Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor manakala jurulatih Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, Mohamad berkata SOP penggunaan senjata sedia ada sememangnya ketat dengan dikendalikan pakar pengendali letupan selain setiap pelatih akan diiringi jurulatih ketika proses latihan.

Beliau dan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan rasa dukacita atas pemergian anggota dalam kejadian itu dan turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa.

Terdahulu, Allahyarham Mohd Iqmal selamat dikebumikan kira-kira 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawa Ulu, Lenggeng di sini mengikut istiadat ketenteraan.

Lebih 500 orang termasuk warga ATM menghadiri pengebumian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad