web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 4:42PM

TH juga telah mengaktifkan bilik gerakan di Arafah pada 4 pagi tadi waktu Arab Saudi yang akan menjadi nadi kepada operasi di kawasan berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah secara berperingkat bermula 7 pagi waktu Arab Saudi, hari ini untuk ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada esok, 9 Zulhijjah (27 Jun).

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata 21 bas disediakan bagi setiap maktab penginapan bagi membawa jemaah haji Muassasah dalam tiga penggi­liran perjalanan ke Arafah, 22 kilometer dari Masjidil Haram di sini.

Beliau berkata 179 bas pula akan membawa jemaah haji yang mengikuti pakej oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Selain itu, 300 petugas haji telah bergerak pada 12 tengah malam Isnin bagi membuat persiapan terakhir menyambut jemaah haji negara.

"Setelah selesai semua pergerakan jemaah haji dari Makkah ke Arafah, pihak Tabung Haji (TH) akan membuat semakan dari bilik ke bilik di semua hotel penginapan jemaah haji serta di Masjidil Haram bagi memastikan tidak ada yang tercicir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya TH juga telah mengaktifkan bilik gerakan di Arafah pada 4 pagi tadi waktu Arab Saudi yang akan menjadi nadi kepada operasi di kawasan berkenaan.

Sementara itu, bagi jemaah yang sedang dirawat di Pusat Rawatan TH Makkah dan Hospital Arab Saudi, mereka dibawa untuk wukuf di Arafah menggunakan enam bas khas diiringi unit ambulans menerusi program Safari Wukuf.

Jemaah haji Malaysia kemudian akan bergerak untuk mabit (bermalam) di Muzdalifah bermula 6.30 petang Selasa, sebelum melontar di Mina sehingga 13 Zulhijah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad