web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hab Umrah: Malaysia Perlu Perbanyak Penerbangan Terus Ke Jeddah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 5:04PM

Razali Idris berkata langkah itu amat perlu memandangkan ketika ini, jumlah penerbangan terus ke Jeddah oleh syarikat penerbangan sedia ada adakalanya tidak mencukupi walaupun untuk penduduk tempatan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu membanyakkan lagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam usaha menyokong sasaran untuk negara menjadi hab umrah yang menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata langkah itu amat perlu memandangkan ketika ini, jumlah penerbangan terus ke Jeddah oleh syarikat penerbangan sedia ada adakalanya tidak mencukupi walaupun untuk penduduk tempatan.

"Sebab itu penerbangan terus ke Jeddah atau penerbangan transit ke negara-negara Timur Tengah perlu diperbanyak bagi menggalakkan kedatangan jemaah umrah dari negara-negara serantau,” katanya kepada Bernama. 

Razali berkata ketika ini, hanya terdapat beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai perkhidmatan berkenaan antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air. 

Bagaimanapun, beliau berkata tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kurang berbanding permintaan, memandangkan beliau mendakwa wujudnya “kartel umrah” yang didakwa membolot tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji di negara ini.

Katanya, ini berlaku apabila sebahagian besar jumlah tiket yang ditawarkan syarikat penerbangan dibolot beberapa syarikat besar atau pihak ketiga sehingga menyebabkan kenaikan harga tiket yang melambung tinggi.

"Suku pertama tahun ini sahaja sebanyak 400,000 visa umrah dikeluarkan. Jumlah mereka yang ingin mengerjakan umrah amat tinggi sebab tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini," katanya.

Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata kementeriannya berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab umrah, dengan mempromosikan program itu ke negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Tiong berkata objektif program itu bukan sahaja demi memberi manfaat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan berdaya saing selaras konsep Malaysia MADANI.

Razali turut melahirkan keyakinan cadangan berkenaan yang akan diterajui Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan, mampu direalisasikan dengan baik menerusi libat urus dengan pemain industri bagi mendapatkan pelbagai input dan cadangan bernas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad