Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Perbezaan Politik Senjata Permusuhan - Anwar

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 2:42PM

Anwar (tiga, kanan) melawat bengkel gunting rambut oleh penuntut Giat Mara pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan perbezaan politik sebagai senjata permusuhan, sebaliknya sebagai cadangan untuk menjadi yang lebih baik.

Beliau berkata ia susulan banyak fakta yang tidak tepat dan fitnah dilemparkan, terutama di media sosial, oleh segelintir pihak mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

Beliau berkata baru-baru ini dibangkitkan isu perjanjian persempadanan dimeterai antara beliau dengan Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo), dan perkara itu menurutnya telahpun dijawabnya di Parlimen, namun ia masih terus dimainkan, dengan pelbagai tuduhan kononnya ia bagaikan menjual maruah negara, tidak bertanggungjawab dan khianat kepada negara.

“Perkara ini hangat dikeluarkan di media sosial dengan penuh penipuan dan fitnah...ini masalah kita, tidak bolehkah perbezaan politik ini jangan kita jadikan senjata permusuhan, senjata fitnah.. tetapi jadikan perbezaan ini untuk bagi cadangan yang lebih baik, saya belum dengar lagi apa cadangan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di sini, dan antara yang turut hadir di majlis pagi ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Justeru Anwar berkata kementerian dan agensi kerajaan perlu menjadi jentera bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat yang benar dan menangkis perkara yang palsu kepada masyarakat.

Sementara itu Perdana Menteri sekali lagi menjelaskan bahawa kenaikan purata tarif eletrik hanya melibatkan mereka dengan penggunaan melebihi 1,500 kilowatt (kwj), sekali gus tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.

"Tentang pengurangan subsidi elektrik, dia (pembangkang) kata kita bebankan rakyat, pengurangan ini dikurangkan kepada pengguna 1,500 kWj… tetapi kempen (pembangkang) kata ia beban kepada rakyat...siapa yang buat keputusan nak naikkan dulu? Kerajaan terdahulu (Perikatan Nasional) buat keputusan itu, ada hitam putih.

"Orang biasa, penjawat awam, tidak termasuk dalam kategori kena bayar kadar elektrik yang lebih tinggi. Kita ambil langkah ini supaya wang itu kembali kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eBelia Rahmah pada 26 Jun ini," katanya.

Selain itu, Anwar berkata Jemaah Menteri telah memutuskan tidak akan menambah hutang kerajaan lagi kerana memahami impak yang akan ditanggung pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

2

Semasa 12 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

3

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 16 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan