web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarawak Kekalkan Tarif Elektrik - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10:15AM

Peningkatan tarif elektrik antara lain hanya akan mengakibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini terjejas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menaikkan tarif elektrik memandangkan negeri mampu untuk menjana tenaga menerusi empangan hidroelektrik, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Beliau berkata peningkatan tarif elektrik antara lain hanya akan mengakibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini terjejas.

“Sarawak mempunyai kekuatan dari segi tenaga elektrik, selain itu tarif (elektrik) kita pun tidak tinggi dan masih (menggunakan) harga lama. Kalau harga elektrik tinggi, pelabur tidak akan masuk dan kontraktor pun akan mengalami kesusahan untuk membayar bil elektrik yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sarawak kali ke-24, di sini, pada Jumaat.

Abang Johari berkata penambahan projek empangan hidroelektrik di Sarawak yang kini dalam proses pembinaan seperti Empangan Trusan di Lawas dan Empangan Baleh di Kapit akan meningkatkan sumber tenaga elektrik di negeri ini.

Pada Jumaat, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik susulan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis, 2023, di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT).

Beliau berkata ia merangkumi 99 peratus daripada pengguna domestik, di Semenanjung Malaysia.

Pada Feb lepas, Abang Johari mengumumkan kerajaan negeri bersetuju melanjutkan diskaun bil elektrik, melibatkan pengguna domestik, komersial dan industri menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus sehingga bulan ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kembara Kenali Borneo Suburkan Semangat Perpaduan - Abang Johari

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isteri Halang Saya Naiki Pesawat Ujian SAF - Abang Johari 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jawatankuasa Ditubuh Untuk Putuskan Isu Pentadbiran Pelabuhan Bintulu - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad