web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isteri Halang Saya Naiki Pesawat Ujian SAF - Abang Johari 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 8:46PM

Abang Johari Tun Openg berkata pengalaman yang dilaluinya itu membuatkan beliau terfikir bahawa SAF dan pembangunan penerbangan tanpa pemandu akan menjadi pengubah keadaan dalam industri penerbangan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengakui tindakannya menaiki pesawat tanpa pemandu yang dikuasakan bahan api penerbangan mampan (SAF) dari sini ke Langkawi baru-baru ini, mendapat tentangan daripada isterinya, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu yang menggunakan SAF yang berasaskan mikroalga dan pengeluarannya masih dalam percubaan.

 “Sudah tentu isteri saya tidak menggalakkan saya pergi kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi yang itu (apa pun yang berlaku), saya serahkan kepada Tuhan,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Simposium dan Pameran Tenaga Hijau Antarabangsa 2023 di sini.

Menurutnya semasa penerbangan itu beliau berkesempatan meninjau dek penerbangan pesawat dan terkejut kerana tiada peranti untuk mengoperasikan pesawat Airbus generasi terbaharu itu secara manual. 

“Tiada apa-apa. Semua dilakukan menggunakan butang (suis). Pesawat berlepas sendiri...maksudnya tanpa pemandu. (Pesawat) juga mendarat dengan sendiri,” katanya

Abang Johari berkata beliau telah bertanya kepada juruterbang tentang bagaimana mereka menangani situasi jika ada sesuatu tidak kena berlaku pada pesawat itu.

“Mereka (juruterbang) berkata ia akan diambil alih oleh satu lagi sistem dalam pesawat itu. Kemudian pesawat akan selamat...anda juga akan selamat,” katanya

Menurutnya pesawat tanpa pemandu berkenaan bergerak melepasi pesawat lain selepas diberi keutamaan mendarat di pulau peranginan itu, sebelum beliau terlibat dalam beberapa majlis menandatangani memorandum persefahaman yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) baru-baru ini.

Abang Johari berkata pengalaman yang dilaluinya itu membuatkan beliau terfikir bahawa SAF dan pembangunan penerbangan tanpa pemandu akan menjadi pengubah keadaan dalam industri penerbangan dengan Sarawak boleh memainkan peranan penting.

Beliau berkata sumber semula jadi yang banyak dimiliki Sarawak boleh digunakan untuk menjana pengeluaran tenaga hijau, dengan setakat ini negeri itu telah berjaya dalam pengeluaran tenaga solar dan hidroelektrik, dengan kuasa angin dan mikroalga.

“Yang terbaru menghasilkan tenaga (bahan api) untuk pesawat menggunakan mikroalga. Melalui penggunaan teknologi ini dan penyelesaian digital bagi menghasilkan hidrogen, bahan api penerbangan mampan dan banyak lagi, saya fikir kita boleh mencari penyelesaian alternatif kepada persoalan (mencari sumber baharu) tenaga,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad