web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Mainkan Isu Triti Persempadanan Laut Malaysia-Indonesia Untuk Raih Dokongan Politik - Zambry

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 6:00PM

Dr Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perjanjian penyelesaian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang dimeterai baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata setiap pemimpin tidak kira dari parti mana perlu bersikap bertanggungjawab dalam perkara yang disampaikan kepada pengundi dan tidak harus ambil kesempatan daripada isu yang tidak benar. 

“Adalah sangat mendukacitakan dan malang apabila isu-isu penting yang berkaitan kedaulatan negara dimanipulasi sedemikian rupa bagi menagih dan meraih dokongan politik yang kita sedia maklum mungkin disebabkan PRN dan sebagainya. 

“Sekiranya timbul sebarang keraguan, pihak terlibat boleh merujuk perkara itu kepada Parlimen atau kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi penjelasan di Dewan Rakyat baru-baru ini,” katanya semasa Sesi Libat Urus Bersama Media mengenai Triti Persempadanan Laut Wilayah Di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka dan Triti Persempadanan Laut Wilayah (Separa) di Laut Sulawesi Antara Malaysia dan Indonesia, di sini, Khamis. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Mohammad Zaki Mohd Ghazali.

Beliau berkata walaupun perdana menteri sudah memberikan fakta berasaskan apa yang ditandatangani sebelum ini, namun ia tetap dijadikan sebagai bahan politik, ceramah politik dan bahan di media sosial bertujuan memberi gambaran buruk seolah-olah  kerajaan hari ini mengorbankan wilayah Malaysia kepada Indonesia.

Zambry dalam pada itu berkata Wisma Putra sudah membuat laporan polis minggu lepas berhubung penularan Nota Memorandum Daripada Menteri Luar Negeri Penyelesaian Isu Sempadan Maritim Malaysia-Republik Indonesia yang menurutnya adalah palsu.

“Kita memandang serius kerana ada perkara yang disampaikan dalam kertas tu tidak benar, malah penggunaan peta yang sepatutnya dirahsiakan, diambil dan penceritaan yang tidak benar, naratif yang diberikan seolah-olah ia adalah nota daripada Menteri Luar, sebenarnya adalah palsu.

“Kerajaaan memandang serius hal ini kerana ia berkaitan kerahsiaan bahan-bahan maklumat yang tidak boleh didedahkan dan termasuk juga penularan maklumat palsu yang dikatakan daripada kementerian dan menteri,” katanya.

Beliau berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap penyebaran nota memorandum itu.

“Ia dilakukan mereka tidak bertanggungjawab, ini bukan kerja orang biasa  sebab itu kita melihat ia ditulis seolah-olah begitu teknikal, siapa yang tidak faham aspek itu akan percaya dengan semua kandungan yang disampaikan,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Zaki berkata Malaysia menjangka isu garisan sempadan Triti Laut Sulawesi dari timur persisir pantai Pulau Sebatik dapat dimuktamadkan Jun 2024.

“Ada perkara yang sedang dirundingkan yang tidak boleh didedahkan. Di kawasan Pulau Sebatik ada kawasan yang belum kita persetujui, sejauh1.8 kilometer (km), ia belum dipersetujui secara bersama.

“Jika pertikaian berkenaan garis sempadan 1.8 km itu tidak dapat disepakati menjelang Jun depan, kita akan teruskan rundingan itu dan proses perundingan perlu berasaskan undang-undang antarabangsa yang ada,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad