web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perancis Iktiraf Kedaulatan Penuh Malaysia Termasuk Sempadannya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 10:51AM

Dr Zambry Abdul Kadir - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perancis mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia, termasuk membabitkan sempadan yang diakui di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna dalam pertemuannya dengan rakan sejawat dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengadakan lawatan kerja ke negara berkenaan.

Pada masa sama, Catherine berkata, kedua-dua menteri itu menggariskan asas kukuh hubungan antara Perancis dan Malaysia, terutama dalam meningkatkan kualiti usahasama industri pertahanan, selain memutuskan untuk melancarkannya semula rangka kerja perundingan dua hala.

“Berkenaan dengan perang pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, kedua-dua menteri itu mengingatkan berhubung kepentingan untuk menghormati Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya membabitkan kedaulatan dan integriti wilayah semua negara.

“Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka untuk ruang Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, inklusif, di mana undang-undang antarabangsa dihormati semua,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, Catherine menggariskan kepentingan yang ditetapkan Perancis untuk melebarkan perkongsian pembangunannya dengan ASEAN dan status pemerhatinya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM+) berkaitan rangka kerja strategi Indo-Pasifiknya, dengan turut berterima kasih kepada Malaysia atas sokongan diberikan.

“Kedua-dua menteri itu juga menyatakan kebimbangan mendalam mereka mengenai situasi politik dan kemanusiaan di Myanmar.

“Ia berikutan rampasan kuasa dan komitmen mereka untuk kembali kepada demokrasi serta kedaulatan undang-undang di negara berkenaan,” menurut kenyataan terbabit.

Zambry mengadakan lawatan kerja ke Paris, Perancis selama dua hari bermula kelmarin dengan mengadakan pertemuan bersama Catherine bagi membincangkan kerjasama dua hala serta hal serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama.

Lawatan kerja sulung ke Paris sejak pelantikannya sebagai Menteri Luar pada Disember 2022 itu, menyaksikan beliau turut mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay,

French Institute of International Relations (IFRI) dan Senat Perancis di Paris.

Beliau juga bertemu dengan Rektor Masjid Besar Paris, Chems-Eddine Hafiz, untuk membincangkan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu utama, termasuk usaha menangani Islamophobia.

Perancis adalah rakan dagangan ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global pada 2022, manakala ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan bernilai RM18.05 bilion (US$4.19 bilion), peningkatan sebanyak 39.1 peratus berbanding nilai dicatatkan pada 2021. – Getaran, 3 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Malaysia Tidak Mahu OIC Keluarkan Kenyataan Mengutuk Semata-Mata - Zambry

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Mainkan Isu Triti Persempadanan Laut Malaysia-Indonesia Untuk Raih Dokongan Politik - Zambry

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi Teruskan Program Mecca Route - Zambry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad