web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


619 Mangsa Banjir Direkod Di Melaka

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 8:06AM

Keadaan banjir di salah satu daripada kawasan yang terjejas di daerah Melaka Tengah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seramai 619 mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan 141 keluarga sehingga jam 1 petang semalam.

Beliau berkata, sebanyak enam PPS dibuka di Melaka Tengah dan masing-masing satu di Alor Gajah serta Jasin.

“Sehingga jam 8 pagi kelmarin hanya tujuh PPS dibuka bagaimanapun pada jam 11.30 pagi, terdapat satu lagi penambahan PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Husin, Bukit Katil menjadikan keseluruhan sebanyak lapan PPS.

“Bagaimanapun mangsa yang dipindahkan ke PPS SK Demang Husin masih dalam proses pengiraan selain kawasan terjejas dilaporkan sebanyak 22 yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 11 kawasan yang terjejas di daerah Melaka Tengah iaitu Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Beruang Bestari, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Indah, Tanjung Minyak, Kampung Pengkalan Batu, Rumah Awam Ayer Molek, Balai Panjang dan Tebing Tinggi.

“Manakala di daerah Jasin pula kawasan yang terjejas adalah di Tanjung Laboh, Lubok Kasau dan Taman Hang Tuah Perdana, Pengkalan Badak serta Parit Lampong.

“Di Alor Gajah pula terdapat lima kawasan yang terjejas iaitu di Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Taman Kasawari dan Kampung Belimbing Dalam di kawasan Durian Tunggal,” katanya.

Mohd Zahir ketika ditemubual.
Mohd Zahir ketika ditemubual.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di Kampung Pengkalan Minyak, Laila Ismail, 58, berkata, dia bersama lapan ahli keluarganya terpaksa keluar dan berpindah ke PPS pada jam 1 pagi selepas rumahnya dinaiki air sehingga paras betis.

“Kira- kira jam 8 malam, air masuk ke rumah dengan arus yang laju dan hanya barang elektrik seperti mesin basuh serta peti sejuk yang dapat diselamatkan ke tempat tinggi.

“Perabot dan pakaian habis ditenggelami air. Dalam keadaan sebegitu kami bimbang akan keselamatan menyebabkan selamatkan apa yang termampu sahaja,” katanya.

Ujarnya, ini kali kedua kediamannya dinaiki air dalam tempoh enam bulan selepas insiden pada November lalu.

“Apabila berlaku lagi, saya sudah malas nak fikir gantikan perabot baharu kerana sudah pasti membabitkan perbelanjaan yang besar.

“Sekarang ini fokus mahu bersihkan rumah sebaik air surut itu pun akan memakan masa tiga hingga ke empat hari,” katanya ketika ditemui di PPS Ayer Molek.

Bagi seorang lagi mangsa banjir di Rumah Awam Ayer Molek Mohd Zahir Kamruddin, 32, berkata, rumahnya mula dinaiki air selepas Maghrib.

“Petang semalam hanya kawasan belakang rumah sahaja dipenuhi air dan selepas Maghrib air naik mendadak sehingga paras betis membuatkan saya mengambil keputusan untuk berpindah ke PPS kira- kira jam 11 malam.

“Sudah pastinya perabot tidak dapat diselamatkan dan habis rosak, walaupun ada yang kami sudah alihkan ke tempat tinggi namun paras air naik agak tinggi,” katanya yang meminta pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah banjir. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad