web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Tidak Perbaharui Lesen Premis Urut, Refleksologi Jika Langgar Syarat - Sanusi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 7:11AM

Muhammad Sanusi Md Nor berkata sebarang aktiviti hiburan di negeri ini termasuk di dalam institusi pengajian tinggi (IPT) masih tertakluk mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan perlu mendapat permit daripada PBT - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak akan memperbaharui lesen pusat urut dan refleksologi di negeri ini jika didapati wujud aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan, demikian amaran tegas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini telah membuat keputusan berhubung perkara itu dan pemantauan secara berkala akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan imigresen ke atas premis berkenaan.

Selain itu, katanya, sebarang aktiviti hiburan di negeri ini termasuk di dalam institusi pengajian tinggi (IPT) masih tertakluk mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan perlu mendapat permit daripada PBT.

"Jadi yang 'tunjuk-tunjuk langit' semua itu, nak buat macam itu, kena minta permit daripada Pegawai Daerah, kalau kita agak program itu tidak sesuai, ia tidak akan diluluskan walaupun dalam universiti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat minggua exco di sini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, berkata beliau telah meminta Penasihat Undang-Undang Negeri supaya menggariskan perkara yang boleh dilakukan oleh anggota exco negeri selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.

“Sebagai kerajaan negeri sementara (selepas DUN dibubarkan), semua exco kena serahkan kenderaan rasmi masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mengumumkan akan menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah,  Ahad ini, bagi mendapatkan perkenan membubarkan DUN negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau akan mempersembahkan cadangan pembubaran DUN negeri pada 28 Jun ini sempena hari wukuf di Arafah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad