web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM8.9 Juta Bantu Institusi Pendidikan Islam Di Kedah - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 3:22PM

Anwar menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8.9 juta bagi membantu institusi-institusi pendidikan Islam di Kedah meningkatkan lagi tahap dan mutu pendidikan di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6.4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri berkenaan.

"Bagi negeri Kedah sahaja, Kerajaan Perpaduan telah luluskan sejumlah RM604,180 kepada 36 institusi pendidikan Islam ini untuk tujuan kursus dan latihan guru serta bantuan pendidikan seperti meja, kerusi, almari, projektor, papan putih, kabinet buku dan sebagainya.

"Kerajaan Perpaduan turut akan menyumbang sejumlah RM1.985 juta kepada 28 pondok, tahfiz, maahad dan sekolah agama yang berdaftar di Kedah dalam usaha kita menyuburkan lagi pendidikan berteraskan Islam di negeri ini," katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang dekat sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, kerajaan turut bersetuju meluluskan sumbangan lain iaitu RM2.94 juta kepada 588 masjid kariah di 12 daerah di seluruh negeri Kedah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Beliau berkata sumbangan itu bagi pengimarahan masjid sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang dengan setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

"Orang Kedah kata termasuk orang Cherok To'kun, kena 'pekin' (berjimat), bila kita pekin, tak boros kita boleh belanja untuk kebaikan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta lagi kepada pihak SMA Nahdhah Hasanah Melele bagi tujuan membaik pulih sekolah itu.

Anwar berkata di bawah Kementerian Pendidikan, sejumlah RM821 juta telah diperuntukkan untuk pengoperasian dan pembangunan pendidikan Islam khususnya bagi 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang berdaftar di bawah kementerian di seluruh negara.

Beliau berkata dalam keadaan kerajaan menghadapi kekangan kewangan, hutang yang banyak dan perbelanjaan defisit kerajaan tidak akan membelakangkan soal pendidikan, kesihatan dan pengimarahan masjid serta program Islam.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Pengetua SMA Nahdhah Hasanah Melele Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

4

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar