web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka Berjaya Biak 14 Anak Ular Anakonda Kuning

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 11:47AM

Ketua Bahagian Ular dan Buaya Athira Faiqah Md Wahi menunjukkan anak ular Anakonda Kuning yang ditetaskan di Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka berjaya membiakkan ular anakonda kuning atau nama saintifiknya Eunectus Notaeus selepas mencuba lebih 13 tahun untuk mengembangkan spesies itu.

Pengurus Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Qurratu A'in Rohaminordin berkata kejayaan itu ditempa pusat konservasi berkenaan pada 5 Jun lepas apabila 14 ekor anak ular spesies berkenaan berjaya ditetaskan.

Beliau berkata ular anakonda jenis ini sangat sukar untuk membiak sekalipun di habitat asal memandangkan seekor ular betina memerlukan dua hingga 12 ekor ular jantan untuk membuntingkannya.

"Seekor anakonda betina dan beberapa ekor anakonda jantan akan menghasilkan ‘breeding ball’ dan akhirnya, hanya seekor anakonda kuning jantan yang paling kuat akan berjaya mengawan bersama si betina.

"Kami berdepan cabaran tersendiri apabila pusat konservasi ini hanya mempunyai seekor ular betina dan seekor ular jantan selain terpaksa mengawal suhu optimum antara 33 hingga 42 darjah Celsius ketika ia sedang bunting," katanya ketika dihubungi Bernama.

Qurratu A'in berkata kedua-dua anakonda kuning itu dilihat mengawan buat kali pertama pada 25 Mac 2022 di sebalik tempoh kebiasaan antara September hingga Disember setiap tahun, manakala kelahiran pula antara April dan Mei tahun berikutnya.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, banyak percubaan persenyawaan direkodkan namun masih gagal dan percubaan seterusnya pada November tahun sama dan tiada kejayaan dicatatkan.

Bagaimanapun pusat konservasi itu melihat perubahan terhadap ular anakonda kuning betina itu pada awal Januari lepas apabila ia mula menolak untuk menangkap dan makan makanan yang diberikan sekali gus menunjukkan tanda-tanda sedang bunting.

Katanya, ular anakonda kuning betina itu juga dilihat sering berjemur di bawah lampu yang disediakan, justeru pihaknya mengekalkan suhu yang sedikit panas agar ia sesuai dengan keadaan semasa reptilia berkenaan.  

"Ahli zoologi yang memantau perkembangan ular betina terbabit melaporkan saiznya meningkat dengan jelas dan kami mengambil keputusan untuk menutup sekeliling kurungan daripada dilihat oleh pelawat bagi memastikan anakonda betina tidak merasa terancam serta mengeluarkan anakonda jantan daripada kurungan bagi mengelakkan anakonda betina mengalami gangguan.

"Reptilia jenis ovoviviparous ini akan menghasilkan telur dan menyimpannya di dalam badan sehinggalah ke saat penetasan yang berlaku di dalam badan ular berkenaan dan keluar seakan-akan dilahirkan oleh induknya.

"Anak-anak ular tersebut ditemukan bersama sebutir telur yang tidak berjaya disenyawakan di dalam kurungan menempatkan induknya selain terdapat kesan darah akibat proses bersalin itu," katanya.

Beliau berkata anak ular anakonda kuning itu seberat 170 gram dan sepanjang 0.6 meter ketika dilahirkan dan memiliki sifat semula jadi yang agresif dan tidak teragak-agak untuk menggigit apabila merasa terancam serta mampu berenang dengan sempurna.

"Kesemua anak anakonda kuning ini akan dipamerkan pada masa akan datang apabila tiba masa yang sesuai dan keadaan mereka telah stabil di bawah jagaan ahli zoologi pusat konservasi ini.

"Walaupun ular anakonda kuning ini bukan spesies ular tempatan, ia membuktikan ahli zoologi Malaysia juga bertaraf dunia setanding dengan ahli zoologi luar negara dalam menjalankan usaha pembiakan dan konservasi reptilia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kusangkakan Ular, Rupanyaaa...

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ular 'Minta Izin' Nak Lalu...

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Ular Dalam Pesawat: NGO Gesa Tindakan Tegas Banteras Penyeludupan Hidupan Liar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bagasi Bawa 22 Ular Dikawal Sepenuhnya Polis Bantuan, Diterima Syarikat Penerbangan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad