Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Bagasi Bawa 22 Ular Dikawal Sepenuhnya Polis Bantuan, Diterima Syarikat Penerbangan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 8:26PM

Pada 30 April lalu, media tempatan melaporkan, pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Chennai - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagasi milik seorang wanita dari Kuala Lumpur yang dikesan mengandungi 22 ekor ular ketika dia tiba di Lapangan Terbang Chennai, baru-baru ini adalah berstatus ‘check-in baggage’ yang sudah diterima pihak syarikat penerbangan dan dikawal sepenuhnya Polis Bantuan MAHB (AVSEC).

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi kenyataan memaklumkan, ia bermaksud bagasi itu juga sudah diimbas di bahagian ‘in-line baggage screening’ di bawah kawalan dan seliaan sepenuhnya AVSEC.

Ujarnya, kawalan itu bagi memastikan keselamatan pesawat, kawasan lapangan terbang dan penerbangan yang menumpukan kepada barangan berbahaya serta berisiko, seperti senjata api, bom, peluru dan seumpamanya.

“Pengimbasan dan pemantauan imej semua bagasi dilakukan sepenuhnya polis bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bertugas.

“Hasil pemeriksaan tersebut akan disalurkan kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Pada masa sama, JKDM berkata, penggunaan mesin pengimbas kastam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang semasa ketibaan (arrival) adalah untuk mengimbas bagasi penumpang dan ‘hand carry baggage’ bagi mengesan barangan berduti, bercukai, larangan secara cekap serta berkesan, seterusnya mencegah semua aktiviti penyelewangan dan penyeludupan.

Katanya, pegawai JKDM akan mengarahkan penumpang mengikrarkan barang milikan mereka dan mengimbas setiap bagasi serta ‘hand carry baggage’ yang dibawa di kaunter Pemeriksaan Kastam, sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 103, Akta Kastam 1967.

JKDM berkata, di Terminal 1 KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS), bagasi penumpang yang berstatus ‘check-in baggage’ perlu didaftarkan di kaunter ‘check-in bag’ di mesin pengimbas milik MAHB, sebelum penumpang melalui kawasan pemeriksaan Jabatan Imigresen (Imigresen) serta JKDM.

“Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan JKDM, hanya bagasi dan beg yang diikrar sebagai ‘hand carry baggage’ sahaja akan diperiksa jabatan ini,” katanya.

Selain itu JKDM berkata, pemeriksaan ke atas bagasi penumpang semasa ketibaan (arrival) atau sebelum pelepasan (departure), hendaklah mengikut prosedur ditetapkan.

“Pemeriksaan bagasi penumpang adalah berdasarkan penilaian risiko bagi tujuan mengenalpasti barangan ditetapkan, iaitu dadah, larangan mutlak, larangan bersyarat, barangan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010, berduti dan bercukai serta mata wang.

“Untuk makluman pada masa akan datang, JKDM dan MAHB sedang dalam cadangan pelaksanaan pemeriksaan secara berpusat terhadap penumpang penerbangan antarabangsa yang akan dijalankan di KLIA Terminal 2,” katanya.

Pada 30 April lalu, media tempatan melaporkan, pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Chennai.

Menurut Jabatan Kastam Chennai pada 29 April lalu, penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia sehari sebelumnya.

Pihak berkuasa menemukan pelbagai spesies ular dan seekor kameleon atau sesumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu.

Reptilia itu kemudian dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.

Media tempatan melaporkan, reptilia itu dibungkus dalam bekas plastik lutsinar.

Reptilia itu antara spesies yang mendapat permintaan tinggi dalam perdagangan hidupan liar haram di India dan rampasan seperti itu bukan perkara luar biasa. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Mana Pampasan Kami? Penumpang Perjalanan Guangzhou-KL Berang Sikap Berdiam Diri AirAsia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ular Dalam Pesawat: NGO Gesa Tindakan Tegas Banteras Penyeludupan Hidupan Liar

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Wanita Cuba Seludup 22 Ular Dari KLIA Ditahan Di Chennai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kecoh Ular Terjatuh Dari Perodua Aruz, ‘Ular Tedung Selar Tu…’

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Risalah Kecam Zahid Cubaan Pecah Belahkan UMNO - Puad

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Najib Sentiasa Fikirkan Rakyat, Rosmah Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Perjelas Tindakan Henti Tajaan JPA Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi

oleh Susan Albert