web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ular Dalam Pesawat: NGO Gesa Tindakan Tegas Banteras Penyeludupan Hidupan Liar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 9:09AM

Langkah yang lebih kukuh akan dilaksanakan di taman negara, hutan simpan dan lapangan terbang untuk membendung aktiviti penyeludupan hidupan liar. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Cubaan penyeludupan reptilia ke India baru-baru ini melalui penerbangan dari Kuala Lumpur menunjukkan kelaziman pemerdagangan hidupan liar di Malaysia dan keperluan untuk tindakan yang lebih tegas terhadap jenayah itu, kata organisasi hidupan liar.

Pengasas Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY), Andrew J. Sebastian berkata, kejadian itu adalah ‘wake up call’ atau isyarat bahawa negara mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum membendung penyeludupan hidupan liar.

Berdasarkan klip video kejadian di Lapangan Terbang Chennai, Sebastian membuat andaian antara reptilia yang diseludup itu adalah ular kapak (pit viper), salah satu ular paling berbisa di negara ini.

Ini menunjukkan bahawa keselamatan penumpang dan kru penerbangan mungkin terancam.

“Bagaimanakah reptilia hidup boleh dibawa masuk ke dalam pesawat, terutamanya pada zaman ini?

“Kita mesti meneliti dengan serius tindakan balas kita di lapangan terbang, serta pintu masuk dan keluar,” katanya.

Mengulas lanjut, Sebastian berharap langkah yang lebih kukuh akan dilaksanakan di taman negara, hutan simpan dan lapangan terbang untuk membendung aktiviti penyeludupan hidupan liar.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa India mengambil tindakan terhadap wanita yang didakwa menyeludup ular itu, sebagai contoh untuk menghalang orang ramai daripada terlibat dalam jenayah seperti itu.

Mengenai ular yang dirampas, jika ada spesies tempatan yang ditemui di Malaysia, Sebastian berkata, ia perlu dibawa balik ke kawasan hutan asal mereka.

Tindakan ini, dakwanya, boleh menjadi situasi menang-menang untuk pihak berkuasa Malaysia dan juga haiwan liar terbabit.

“Tindakan mengembalikan semula hidupan liar di kawasan perlindungan ini boleh digunakan sebagai bahan media dan pendidikan untuk menunjukkan pihak berkuasa di Malaysia dan India serius dalam membendung penyeludupan hidupan liar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Jaringan Pemantau Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) Asia Tenggara, Elizabeth John berkata, insiden itu menunjukkan keperluan untuk lebih berhati-hati di lapangan terbang Malaysia.

Berikutan fasa endemik COVID-19, beliau menzahirkan kebimbangan bahawa penyeludup hidupan liar berkemungkinan mengeksploitasi kemudahan pergerakan melalui perjalanan udara antarabangsa dan meneruskan aktiviti haram mereka.

Bagaimanapun, Elizabeth berkata, tanggungjawab untuk membendung penyeludupan hidupan liar tidak sepatutnya terletak pada satu badan yang berwibawa dan harus melibatkan semua pihak yang memudahkan pergerakan individu dan barangan melalui lapangan terbang.

“Selain daripada pelbagai agensi penguatkuasaan, ini bermakna syarikat penerbangan, perkhidmatan kurier, penghantar barang, dan semua operator logistik lain yang berpangkalan di dalam atau menggunakan pengangkutan udara juga harus prihatin, dan terlibat dalam usaha menghentikan perdagangan hidupan liar haram melalui Malaysia,” katanya.

Elizabeth juga menegaskan isu itu bukan khusus untuk Malaysia sahaja, kerana terdapat kes di negara lain di Asia Tenggara di mana pihak berkuasa merampas hidupan liar sama ada tersembunyi di dalam bagasi penumpang yang melakukan perjalanan antara pintu keluar Asia Tenggara dan India atau dalam penghantaran kargo udara.

Dalam pada itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam satu kenyataan berkata, agensi itu hanya memeriksa bagasi bawaan tangan.

Memandangkan bagasi wanita itu didaftarkan sebagai daftar masuk, jabatan tersebut berkata, pemeriksaan berkenaan sebaliknya di bawah semakan penuh Bahagian Keselamatan Penerbangan.

Minggu lalu, seorang wanita dalam perjalanan dari Kuala Lumpur telah ditahan di Lapangan Terbang Chennai.

Setelah memeriksa bagasinya, Kastam India di Chennai menemui 22 ekor ular pelbagai spesies dan seekor sesumpah yang dibungkus dalam bekas plastik lutsinar.

Semua reptilia itu dirampas mengikut Akta Kastam 1962 dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. - The Vibes, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran