web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Pelaburan Ke Minggu Teknologi London Berjaya, KKD Kekalkan Momentum - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:49PM

Fahmi Fadzil ketika melawat Battersea Power Station - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menutup tirai misi pelaburannya ke Minggu Teknologi London (LTW) 2023 dengan pengumuman penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023).

Menterinya Fahmi Fadzil berkata penting untuk mengekalkan momentum susulan pencapaian besar yang dicapai ketika LTW 2023.

Semasa misi pelaburan ke LTW 2023, Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital. 

Menurutnya, maklum balas yang diterima semasa Minggu Teknologi London 2023 akan digunakan sebagai asas bagi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memantapkan lagi keupayaannya menarik pelaburan asing ke Malaysia.

MDX2023 yang berlangsung selama seminggu akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, acara pelancaran dan majlis anugerah dengan penampilan penceramah terkenal antarabangsa dan tokoh terkemuka  daripada bidang teknologi dan digital. 

Ia akan berfungsi sebagai platform kerjasama dan saluran perniagaan bagi pelawat dan pemain industri, domestik dan antarabangsa, untuk menyelami trend digital terkini, kemajuan dan inisiatif yang membentuk ekonomi digital Malaysia.

Bercakap pada Malam Jaringan Pelabur Digital Malaysia sebelum ini, Fahmi mempelawa semua pelabur untuk meneroka peluang pelaburan yang luas yang ditawarkan Malaysia.

Majlis anjuran MDEC itu yang diadakan sempena LTW berlangsung di Battersea Power Station.

Fahmi berkata Malaysia melaksanakan dasar dan inisiatif yang cenderung kepada inovasi dan progresif untuk memupuk inovasi digital, mewujudkan ekosistem pemboleh dan menarik pelaburan yang akan memacu ekonomi digital ke hadapan.

Ketika negara mengharungi landskap dinamik Revolusi Perindustrian Keempat, Malaysia telah menerima  guna teknologi pesat membangun seperti kecerdasan buatan (AI), ‘blockchain’ dan Internet Pelbagai Benda (IoT).

Malaysia menawarkan persekitaran kondusif untuk syarikat teknologi berkembang maju, dengan rangka kerja pengawalseliaan yang menggalakkan, insentif fiskal yang menarik selain kerajaan yang menyokong dan komited untuk memudahkan syarikat digital beroperasi, berkembang maju atau melabur di mana-mana sahaja di Malaysia.

Selain itu, berada di lokasi strategik dalam Asia Tenggara meletakkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran yang mempunyai lebih 650 juta orang penduduk ditambah dengan peningkatan kadar penggunaan digital maka, peluang untuk inovasi teknologi dan pelaburan tidak terbatas.

Terdahulu, Fahmi berkunjung ke kawasan kejiranan baharu tepi sungai di tengah London termasuk Battersea Power Station mercu tanda Gred II yang baru dibuka dan dipulihkan.

“Saya telah berkunjung ke Battersea Power Station sebanyak tiga kali iaitu pada 2019, 2020 dan hari ini. Sungguh mengagumkan melihat usaha ini dan perkara yang boleh direalisasikan dengan modal dan bakat Malaysia, dilaksanakan dengan kerjasama UK.

“Apabila kita bekerjasama, kita boleh mencapai lebih banyak lagi, dan Battersea Power Station adalah buktinya. Tahniah!,” katanya.

Battersea Power Station adalah satu daripada kawasan kejiranan baharu di tepi sungai yang terbesar di London.

Projek pembangunan semula itu menyaksikan kewujudan destinasi guna bercampur yang menyediakan komuniti kediaman, kedai, restoran, pejabat, tempat budaya dan riadah serta 7.689 hektar ruang awam dengan semua perkhidmatan dihubungkan melalui sambungan ke laluan London Underground Northern.

Hadir sama dalam sesi lawatan itu ialah Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd Tan Sri Jagan Sabapathy, Pengarah Urusan kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican, Lembaga Pengarah SP Setia Jiv Sammanthan, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay dan Ahli Parlimen Gloucester yang juga Wakil Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom ke Malaysia, Richard Graham.

Sejak dibuka pada Oktober 2022, Battersea Power Station telah menerima ketibaan hampir enam juta pengunjung dan kejayaan tersebut akan diteruskan lagi dengan lebih banyak pembukaan premis runcit pada musim panas ini termasuk Apple Battersea.

Antara jenama lain yang baru dibuka adalah LEGO® dan restoran pasta Noci.

Battersea Power Station turut menempatkan jenama Malaysia seperti pakar piuter Royal Selangor dan restoran citarasa Malaysia, Roti King.

Di bawah tanggungjawab pemegang saham Malaysia seperti Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) --  yang bersama-sama membentuk  Battersea Project Holding Company, Battersea Power Station telah dibaik pulih dan kawasan yang luas telah ditransformasikan sebagai komuniti yang bertenaga. 

Pada 2019, syarikat pengurusan dana Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP menjadi pemegang aset komersial jangka panjang yang menjamin masa depan mercu tanda itu untuk generasi akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar