web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perubahan Fi Perubatan Tidak Akan Dilaksanakan Sewenang-Wenangnya - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 8:24PM

Dr Zaliha Mustafa berkata perubahan struktur fi itu akan diteliti secara rapi dan telus dengan analisis wajar dan mengambil kira pandangan serta libat urus semua pihak berkepentingan terlebih dahulu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang perubahan struktur fi perkhidmatan kesihatan awam  tidak akan dilaksanakan sewenang-wenangnya atau dalam tempoh segera.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perubahan struktur fi itu akan diteliti secara rapi dan telus dengan analisis wajar dan mengambil kira pandangan serta libat urus semua pihak berkepentingan terlebih dahulu.

Menurutnya perkara penting bagi kerajaan ketika ini adalah memastikan rakyat terutamanya golongan tidak berkemampuan dan rentan tidak akan terkesan serta akses kepada perkhidmatan kesihatan dan akan terus dapat dinikmati. 

“Pada masa ini, kadar yang dikenakan di sektor awam sangat minimum seperti yang kita tahu kerana kerajaan memberikan banyak subsisdi dan fi yang dikenakan adalah sama kepada semua pesakit.

Malah KKM (Kementerian Kesihatan) juga tidak mempunyai mekanisme untuk mengumpul lebihan fi walaupun ada pesakit yang sanggup untuk membayar lebih kerana mereka hargai perkhidmatan kesihatan komprehensif yang diterima,” katanya ketika menggulung perbahasan Kertas Putih Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Kertas Putih Kesihatan itu kemudiannya diluluskan Dewan Rakyat, selepas hampir lebih tiga jam dibahas tanpa henti oleh 30 Ahli Parlimen mewakili pelbagai parti politik daripada pihak kerajaan dan blok pembangkang.

Pada sesi perbahasan, rata-rata Ahli Parlimen membangkitkan isu cadangan semakan semula struktur fi semasa di fasiliti penjagaan kesihatan awam yang dikhuatiri menjejaskan rakyat khususnya golongan yang tidak berkemampuan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dalam perbahasannya meminta supaya cadangan untuk menaikkan kadar bayaran rawatan di kemudahan kesihatan awam ditangguhkan dan diteliti semula.

Katanya bayaran perkhidmatan itu akan menambahkan beban rakyat yang pada masa ini terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, kadar inflasi dan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Senada dengannya, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berpendapat kadar bayaran perkhidmatan hospital kerajaan yang selama ini tidak pernah dinaikkan, wajar dikekalkan bagi membantu rakyat.

Selain itu, Dr Zaliha berkata selaras dengan tonggak ketiga Kertas Putih Kesihatan iaitu memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama, kerajaan akan berusaha mengembleng pelbagai sumber pembiayaan kesihatan agar ia lebih efisien dan berkesan.

Terdahulu, Dr Zaliha ketika membentangkan dokumen itu berkata ia menggariskan status semasa, jurang dan kekangan yang dihadapi sistem kesihatan negara dan penyelesaian bersifat struktural dan sistemik merangkumi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan dan tadbir urus secara berfasa dalam tempoh 15 tahun.

Kertas Putih Kesihatan turut memperincikan langkah reformasi sistem kesihatan yang teliti merangkumi fasa jangka pendek iaitu tahun pertama bermula pada 2024, jangka sederhana mulai 2029 dan jangka panjang dari 2034 hingga 2039. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad