web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aduan Kes 2 Kanak-Kanak Cerebral Palsy Dalam Penelitian Lanjut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:28AM

Kes tersebut dikategorikan sebagai aduan kompleks dan pengurusan aduan adalah berdasarkan Guidelines on the Management of Medico legal Complaints in the Ministry Of Health, second edition 2019. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aduan berhubung kes dua kanak-kanak yang didakwa mengalami cerebral palsy selepas dilahirkan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang diteliti dengan lanjut oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) kementerian.

Jurucakap KKM berkata, kementerian juga menyedari isu berkenaan sedang tular di media sosial.

Menurut beliau, aduan bagi kes tersebut dikategorikan sebagai aduan kompleks dan pengurusan aduan adalah berdasarkan Guidelines on the Management of Medico legal Complaints in the Ministry Of Health, second edition 2019.

“Garis panduan ini menetapkan setiap aduan hendaklah disiasat oleh pihak hospital dan seterusnya oleh Kementerian sekiranya perlu.

“Semakan mendapati aduan bagi kedua-dua kes tersebut telah disiasat di peringkat hospital dan di peringkat kementerian,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelas jurucakap tersebut, pengurusan kes seumpama itu mengambil tempoh masa yang panjang kerana ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak, termasuk pakar perubatan yang terlibat serta Jabatan Peguam Negara. 

“Kementerian ambil maklum akan kesulitan yang dihadapi oleh pesakit serta keluarga dan akan memastikan proses ini diselesaikan dalam kadar segera.

“Pihak Kementerian sentiasa bersedia membantu pesakit seta keluarga dan bole dihubungi dari semasa ke semasa sekiranya pihak pengadu ingin mengetahui status pengurusan kes ini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, proses pengurusan aduan ini hanya akan dihentikan sekiranya pihak pengadu atau pesakit mengambil tindakan perundangan memandangkan ia telah berada dalam proses mahkamah. - Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad