web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebocoran Maklumat Tanpa Nama, Adakah SPRM Ada Motif Tersembunyi? – Wan Saiful

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 4:39PM

Wan Saiful Wan Jan bertanyakan tentang langkah kerajaan untuk memperbaiki kepincangan SPRM dalam membendung kebocoran maklumat yang semakin menjadi-jadi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor-PN) membangkitkan kemungkinan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai motif tersembunyi di sebalik siasatannya, berikutan dakwaan kebocoran maklumat daripada sumber tanpa nama dalam agensi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, mantan Ketua Penerangan BERSATU itu bertanyakan tentang langkah kerajaan untuk memperbaiki kepincangan SPRM dalam membendung kebocoran maklumat yang semakin menjadi-jadi.

Beliau berkata, ini bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa siasatan agensi itu dilakukan secara telus tanpa motif tersembunyi.

“Kebelakangan ini, banyak maklumat yang dibocorkan oleh sumber SPRM tanpa nama telah disiarkan dalam berita mengenai siasatan agensi itu.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada SPRM sengaja membuat kebocoran atas sebab tertentu,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebagai reaksi balas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor-PH) berkata, terdapat pilihan untuk memfailkan laporan polis.

“Sudah tentu, SPRM dilarang daripada mendedahkan siasatan (nya).

“Sekiranya ada kebocoran maklumat, ia boleh diatasi dengan membuat laporan polis dan perkara itu akan disiasat lebih lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ramkarpal berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) 2009.

Ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Protem untuk mengkaji keperluan memasukkan SPRM sebagai salah satu agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC, yang dipersetujui oleh Kabinet pada 19 April 2023. – The Vibes, 14 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad