web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan Sulu: Tindakan Undang- Undang Terhadap Pihak Bersekongkol - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 4:23PM

Anwar Ibrahim menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberikan sebarang sokongan, bantuan atau bersekongkol dengan penuntut kumpulan Sulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.

“Kerajaan Malaysia juga akan terus membantah sebarang bentuk pembiayaan oleh pihak ketiga, yang menyokong penyalahgunaan proses yang telah dimulakan oleh pihak yang membuat tuntutan," kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai tuntutan daripada lapan warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu terhadap kerajaan Malaysia pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri  juga berpendirian bahawa semua award yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa kerana ia melibatkan pelanggaran prinsip “kekebalan diplomatik”, “kekebalan bidang kuasa” dan kedaulatan.

Anwar berkata perkara itu melibatkan soal kepentingan dan kedaulatan Malaysia, Sabah dan rakyat Malaysia keseluruhannya, justeru Kerajaan Malaysia akan terus mara dan berjuang habis-habisan demi memelihara dan melindungi kepentingan dan kedaulatan negara.

“Saya juga menyeru rakyat Malaysia berganding bahu dalam usaha Kerajaan Perpaduan MADANI dalam menamatkan sama sekali, tuntutan Sulu yang tidak berasas ini,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, penuntut Sulu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan hasil daripada usaha giat tersebut, Kerajaan Malaysia pada 6 Jun lepas  telah menerima satu lagi berita baik apabila Mahkamah Rayuan Perancis membuat keputusan membatalkan Perintah Pelaksanaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Paris pada 29 Sept 2021 yang  mengiktiraf Preliminary Award yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020.

Katanya keputusan Mahkamah Rayuan Perancis itu satu kejayaan penting dan signifikan bagi Malaysia sekali gus membuktikan kesungguhan serta ketegasan Kerajaan Malaysia dalam mendepani isu itu.

Perdana Menteri berkata kesan keputusan tersebut ialah pihak yang membuat tuntutan tidak boleh bergantung kepada Preliminary Award yang dikeluarkan  Stampa di Madrid, Sepanyol yang menyatakan bahawa Stampa mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan itu.

“Keputusan 6 Jun 2023 tersebut adalah muktamad dan mengikat. Mahkamah Rayuan Paris juga telah memutuskan supaya pihak yang membuat tuntutan membayar kos prosiding sebanyak EUR100,000 kepada Kerajaan Malaysia.

Kerajaan akan meneruskan segala usaha dalam mempertahankan hak kedaulatan negara berkenaan dengan isu ini di semua bidang-bidang kuasa berkaitan termasuk di Belanda, Perancis, Luxembourg dan mana-mana bidang kuasa di mana award final tersebut ingin diiktiraf dan dikuatkuasakan,” katanya.

 Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang menunggu satu lagi keputusan penting di Mahkamah Rayuan Belanda berhubung permohonan kumpulan itu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award final di Belanda yang dijangka dikeluarkan pada 27 Jun ini.

Tegas Anwar, walaupun keputusan 6 Jun 2023  memihak kepada Malaysia, namun kerajaan mendapat maklumat bahawa kumpulan itu akan meneruskan taktik mereka untuk menguatkuasakan award final  berkenaan di negara-negara lain.

“Ini merupakan suatu tindakan penyalahgunaan dan pelanggaran mekanisme mahupun proses mahkamah dan timbang tara yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pada sesi itu, beberapa Ahli Parlimen antaranya  Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna),  Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin  (PN- Larut),  bangun menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas usaha mempertahankan hak serta kedaulatan Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad