web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Giliran Haji Kini Cecah 148 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 1:46PM

Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pada masa ini, lebih 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Tempoh giliran menunggu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun, menurut Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata pada masa ini, lebih 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Justeru, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia mengingatkan jemaah haji yang terpilih supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang berada di Tanah Suci dengan melakukan amal ibadat.

"Kita kena berpegang kepada dua kata kunci iaitu syukur dan sabar. Syukur sebab kita dapat berada di Tanah Suci selepas menunggu sekian lama serta sabar dengan setiap dugaan termasuk karenah teman sebilik dan cuaca panas sepanjang perjalanan haji ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan pelantikan Sahabat Maktab di sini.

TH menggunakan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak dari 1995.

Melalui sistem pendaftaran terbuka ini, para pendeposit TH boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300. 

Setiap pendeposit yang telah mendaftar akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam