web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Jual Gula Secara Bersyarat - Fuziah Salleh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:18AM

Fuziah Salleh - Gambar dari Facebook Fuziah Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peniaga kedai runcit sekali lagi diingatkan supaya tidak menjual gula secara bersyarat memandangkan ia adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata mana-mana peruncit yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan termasuk lesen perniagaan mereka digantung.

“Jualan bersyarat ini salah dari segi Akta Kawalan Bekalan 1961… Kadang-kadang peruncit nak buat keuntungan lebih (memandangkan) gula standard keuntungan mereka sikit sangat, 10 sen.

“Tapi kita kena ingatkan bahawa ini adalah antara perkara yang salah,” katanya sambil menyeru pengguna supaya melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika terdapat peruncit yang berbuat demikian.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Isu Bekalan Gula: Di Mana Manisnya?' terbitan Bernama TV malam tadi.

Sebelum ini, dilaporkan terdapat peniaga yang mengenakan syarat untuk setiap pembelian dua kilogram gula pasir kasar berharga RM2.85 sebungkus, pelanggan perlu membeli satu kilogram gula putih premium berharga RM4.60 sebungkus.

Fuziah berkata menerusi Ops Manis yang dilancar KPDN sejak awal Mei lepas, sebanyak tujuh kertas siasatan berkaitan penjualan gula bersyarat sudah dibuka namun isu itu berjaya dikawal menerusi tindakan tegas pihak penguatkuasaan yang kerap turun padang memantau situasi.

Mengulas mengenai keluhan rakyat yang berdepan kenaikan harga barang, beliau berkata mereka seharusnya dididik mengenai kuasa sebagai pengguna yang boleh menentukan turun naik harga barangan di pasaran.

“Kita di dalam keadaan pasaran ekonomi terbuka. Rakyat sebenarnya ada kuasa sebagai pengguna. Mereka boleh menentukan penawaran dan permintaan.

“Kalau barang itu mahal, mereka boikot, barang itu akan turun harga. Ini dalam pasaran ekonomi terbuka. Jadi, ini kita kena didik pengguna bahawa mereka ada upaya tersebut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Jualan Rahmah Rekod RM178.6 Juta - Fuziah 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan