web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bahan Kimia Dalam Cecair Elektronik, Vape Punca Penyakit EVALI – KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 6:19PM

Bahan terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 17 kes penyakit paru-paru, iaitu E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI yang berpunca daripada rokok elektronik, termasuk vape sehingga bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, bahan terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

Menurutnya, KKM sudah memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape, termasuk EVALI melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi bermula Jun 2022.

“KKM juga mewujudkan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Electronic Cigarette or Vaping Products Use Associated Lung Injury (EVALI) pada tahun 2021, bagi membantu pengamal perubatan mengesan dan merawat kes EVALI.

“Ia berikutan sehingga bulan ini, KKM menerima 17 kes berkaitan EVALI.

“Justeru, KKM memohon semua pengamal perubatan agar terus membuat notifikasi kepada KKM sekiranya mana-mana pesakit dikesan menghidap EVALI,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, turut mencatatkan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun.

Jelasnya, angka itu meningkat dari 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus tahun lalu.

Malah, beliau berkata, peningkatan ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan, iaitu daripada 2.8 peratus pada 2017 kepada 6.2 peratus pada 2022.

“Rokok elektronik merupakan sejenis produk merokok alaf baru dan cecair rokok elektronik yang digunakan akan dipanaskan dengan menggunakan peranti elektronik.

“Sehingga kini, penggunaan rokok elektronik telah terbukti mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya dengan penyakit utama dikesan adalah EVALI,” katanya.

Susulan itu, Dr Muhammad Radzi turut mengingatkan orang ramai bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

“Ia bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.

“Bagi mereka yang merokok, dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com,” katanya. – Getaran, 13 Jun 2023

-ends-

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam