web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Suraya Dilantik Ketua Audit Negara Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:26PM

Wan Suraya Wan Mohd Radzi - Gambar laman web EY.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa esok, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.

Mohd Zuki berkata pelantikan itu selaras dengan Perkara 105 (1) Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” kata Mohd Zuki dalam satu kenyataan.

Wan Suraya sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pembangunan Usahawan, serta beberapa kapasiti di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri antaranya Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi & Pemantauan).

Wan Suraya menggantikan Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang tamat kontrak sebagai Ketua Audit Negara pada Februari lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agensi Kerajaan Harus Bertanggungjawab Atas Setiap Perbelanjaan, Perlu Beri Impak Positif 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Komited Tangani Isu Pembaziran - Ketua Audit Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LKAN 2021 Dibentang Di Parlimen Hari Ini

4

Budaya 4 tahun yang lalu

Peralatan Bernilai RM6.08 Juta belum Diterima Istana Budaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek