web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Komited Tangani Isu Pembaziran - Ketua Audit Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 5:39PM

Nik Azman Nik Abdul Majid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Isu pembaziran dan ketirisan perbelanjaan negara mampu ditangani pada masa hadapan berikutan komitmen yang dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Jemaah Menteri mengambil serius dan meneliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021.

Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata ia merupakan mesej jelas kepada setiap kementerian, jabatan dan badan berkanun supaya tidak memandang remeh terhadap laporan audit berkenaan.

Menurut Nik Azman, dalam pertemuan pasukan audit dengan Perdana Menteri pada 17 Jan lepas, Anwar menyatakan tidak akan menyekat kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan malah meminta Jemaah Menteri supaya menyemak laporan berkenaan.
"Mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri menjadi perangsang kepada pasukan audit untuk terus melakukan yang terbaik dalam memberi berkhidmat kepada masyarakat dan negara," kata beliau dalam taklimat media berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 di sini hari ini.

Pada 17 Jan lepas, Anwar mengarahkan Jemaah Menteri supaya mengambil serius dan meneliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021 tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.

Sementara itu, Nik Azman berkata Sabah dan Selangor masih belum memulangkan baki dana dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) berjumlah RM145.37 juta bagi tujuan perolehan vaksin dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau berkata rundingan sedang dijalankan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan mendapatkan baki peruntukan tersebut, sebelum rundingan sama diadakan dengan Sabah. 

Menurutnya, dana tersebut, yang tidak didedahkan jumlah pecahan baki bagi setiap negeri, sepatutnya dipulangkan pada KWAN setelah program PICK tamat pada Oktober 2021. 

Selain itu, Nik Azman berkata hasil laporan audit juga mendapati 93 mesin ventilator di hospital kerajaan yang didapati tidak berfungsi adalah tidak memenuhi standard. 

Beliau berkata Kementerian Kesihatan dalam maklum balas memberitahu mesin berkenaan juga tidak boleh diubah suai kerana dibeli secara ‘off the shelf’ atau sedia ada dan tidak mempunyai jaminan.

Mesin berkenaan juga pernah cuba dibaiki oleh pihak kontraktor namun tidak berjaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agensi Kerajaan Harus Bertanggungjawab Atas Setiap Perbelanjaan, Perlu Beri Impak Positif 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wan Suraya Dilantik Ketua Audit Negara Baharu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehilangan, Pembaziran RM158.08 Juta Dikesan Di 3 Kementerian, 4 Jabatan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LKAN 2021 Dibentang Di Parlimen Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad