web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peralatan Bernilai RM6.08 Juta belum Diterima Istana Budaya

Peralatan berkenaan belum diterima kerana pembekal menetapkan penghantaran peralatan dan perkhidmatan hanya akan dibuat setelah pembayaran penuh diselesaikan oleh syarikat dilantik MOTAC.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 4:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istana Budaya belum menerima peralatan yang dibeli daripada sebuah syarikat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berjumlah RM6.08 juta, menurut  Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020. 

Menurut laporan dikeluarkan hari ini, peralatan berkenaan belum diterima kerana pembekal dilantik oleh syarikat tersebut menetapkan penghantaran peralatan dan perkhidmatan hanya akan dibuat setelah pembayaran penuh diselesaikan oleh syarikat terbabit.

Laporan tersebut turut mendedahkan peralatan bernilai RM4.79 juta lewat diterima selama 448 hari selepas kontrak syarikat berkenaan ditamatkan pada 20 Oktober 2017 sebelum digantikan dengan syarikat yang dilantik bagi meneruskan kerja menaik taraf sistem kawalan dan automasi pentas Panggung Sari, Istana Budaya.

Sehubungan itu, beberapa syor dikemukakan kepada Istana Budaya iaitu memastikan pihak penyelesai hutang menyenaraikan mereka dalam keutamaan senarai pemiutang syarikat berkenaan bagi penyelesaian hutang berjumlah RM6.08 juta dengan segera.

Selain itu, Istana Budaya perlu memastikan peralatan bernilai RM4.79 juta dipasang dan digunakan sepenuhnya bagi mengelakkan peralatan menjadi usang dan tidak dapat digunakan.

MOTAC menandatangani kontrak dengan syarikat terbabit pada 10 Nov 2016 bagi kerja menaik taraf sistem kawalan dan automasi pentas di Panggung Sari, Istana Budaya menerusi rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM34.22 juta.

Tempoh kontrak bermula dari 15 Nov 2016 hingga 15 Julai 2017 iaitu selama lapan bulan sebelum kontrak berkenaan ditamatkan kerana syarikat tidak berupaya meneruskan kontrak itu. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN