web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKNJ Bakal Terima 35 Jururawat Tetap, KKM Salur RM771,600 Beli Aset Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jun 2023 7:00PM

Dr Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam menangani isu kekurangan petugas kesihatan di semua fasiliti milik KKM - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bakal menerima 35 jururawat perjawatan tetap serta beberapa perjawatan lain bagi menampung keperluan mendesak di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam menangani isu kekurangan petugas kesihatan di semua fasiliti milik KKM.

Menurut beliau, ia termasuk memastikan penempatan petugas kesihatan termasuk doktor, jururawat, farmasi dan yang lain menepati keperluan semasa sesebuah fasiliti.

“Saya mengambil maklum mengenai lawatan mengejut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke HSI dan HSA, Johor Bahru baru-baru ini.

“Isu berhubung penutupan dua (2) wad dan sepuluh bilik pembedahan berikutan kekurangan aset perubatan serta sumber manusia terutamanya Pegawai Perubatan dan Jururawat sememangnya dalam perhatian KKM,” katanya hari ini.

Dr Zaliha menyatakan demikian sebagai mengulas lawatan mengejut Onn Hafiz ke dua hospital berkenaan, baru-baru ini.

Menerusi lawatan berkenaan, Onn Hafiz membangkitkan beberapa isu teknikal yang perlu diberi perhatian, antaranya laluan pejalan kaki berbumbung yang sesuai untuk pengguna kerusi roda dari bangunan utama ke klinik pesakit luar.

Beliau turut menyentuh mengenai keperluan untuk menambah baik sistem temu janji secara atas talian untuk pesakit.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Zaliha berkata, penyelesaian segera sedang dalam tindakan KKM dengan kerjasama agensi berkaitan di peringkat pusat.

Serentak dengan itu katanya, KKM telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600 bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk membolehkan kedua-dua wad berkenaan dibuka segera, antaranya set katil, Defib With Pacing, Basic Dinamp, Vital Sign 4 Channel, ECG Machine, Portable X-Ray Viewer dan lain-lain.

“Selain itu, waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916 juga diberikan kepada JKNJ bagi perolehan aset bukan perubatan (ABR) untuk memenuhi keperluan yang mendesak di HSI dan HSA,” katanya.

Kemas kini data dan pemetaan jelas beliau lagi, sedang dilaksanakan bagi memastikan agar tiada berlaku maldistribusi petugas.

“KKM berterima kasih atas keperihatinan semua pihak dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat. 

“Usaha sedemikian dengan pendekatan “keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat“ (whole of government and whole of society approach) adalah antara perkara penting digariskan melalui Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun,” katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz menerusi hantaran ringkas di Facebook mengucapkan terima kasih atas peruntukan berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan pihak KKM atas perkongsian bantuan ini. 

“Tidak lupa juga kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamad, dan Timbalan Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Norazman Ayob atas keprihatinan mereka turun padang tempoh hari,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar