web statsweb stats

Berita Terkini

45 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 46 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Individu Termasuk 2 Remaja Bawah Umur Dituduh Tipu Lebih RM45,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 4:05PM

Sebelas individu termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini masing-masing terhadap tujuh pertuduhan menipu membabitkan RM45,534.74 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebelas individu termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini masing-masing terhadap tujuh pertuduhan menipu membabitkan RM45,534.74.

Mereka ialah Sharifah Nur Natasha Syed Mohd Hata, 21; Muhamad Faizal Abdullah, 22; Yap Soon Lin, 23; pasangan adik beradik Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22; dan Muhammad Haiqal, 19; Yap Zhen Xiang, 19; Teong Wai Keat, 19; Goh Chun Rong, 19; Lee Yih Hong, 18; dan dua remaja bawah umur dituduh secara bersama di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mereka didakwa bersetuju antara satu sama lain untuk memperdaya tujuh individu menyerahkan wang bagi mendapatkan pinjaman yang kesemuanya berjumlah nilai RM45,534.74 di Taman Cheng Perdana di sini antara 11 April hingga 20 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120(b)(1) kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Peguam Joel Chua memohon jaminan dikurangkan memandangkan kesemua tertuduh masih muda dan tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan jaminan berjumlah RM26,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad