web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haji: Program Sahabat Maktab Terima Sambutan Menggalakkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 2:45PM

Tabung Haji (TH) melantik 315 Sahabat Maktab kali ini, namun pada masa yang sama menerima permohonan dua kali ganda daripada bakal haji untuk menyertai program yang dilaksanakan sejak 2006 itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Program kesukarelawanan Sahabat Maktab menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan jemaah haji bagi musim 1444 Hijrah ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) melantik 315 Sahabat Maktab kali ini, namun pada masa yang sama menerima permohonan dua kali ganda daripada bakal haji untuk menyertai program yang dilaksanakan sejak 2006 itu.

“Saya amat bangga dengan kesungguhan dan sikap kesukarelawanan ingin membantu yang ditunjukkan jemaah haji Malaysia pada tahun ini, begitu ramai yang ingin menjadi Sahabat Maktab.

”Bagaimanapun kita mempunyai had dari segi jumlah dan memilih kriteria tertentu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Sahabat Maktab di sini.

Menurutnya antara kriteria pemilihan Sahabat Maktab adalah sihat tubuh badan, mempunyai semangat sukarelawan serta bermotivasi tinggi selain boleh berkomunikasi dengan baik.

Syed Saleh berkata selain khidmat 670 petugas TH, Sahabat Maktab juga berperanan membantu jemaah haji menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, warga emas yang memerlukan bantuan serta kelancaran operasi haji ketika hari-hari kemuncak ibadah haji yang meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina.

Beliau berkata 35 Sahabat Maktab dilantik bagi setiap sembilan maktab penginapan meliputi tiga kategori iaitu Sahabat Hujjaj, Sahabat Ibadat dan Sahabat Medik.

Sementara itu Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Muhammad Muazul Amin Mohd Adlan, 27, berkata beliau menyertai program itu bagi meneruskan tradisi keluarganya selain mahu membantu jemaah haji yang memerlukan.

“Emak saya yang menunaikan haji pada 2008 menjadi Sahabat Maktab, begitu juga kakak dan abang ipar saya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad