web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Wujudkan Program TVET Khas Wanita - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 7:14AM

Ahmad Zahid Hamidi berkata program berkenaan adalah di atas saranan Dr Noraini Ahmad dan akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) khusus untuk wanita, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata program berkenaan adalah di atas saranan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

 “Saya telah uruskan pengambilan seramai 15,000 wanita  untuk masuk dalam TVET khas wanita ini, Alhamdulillah,” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini semalam.

Bagi menjawab isu perumahan belia yang dibangkitkan Pemuda UMNO pada perhimpunan agung sayap itu Khamis lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan telah meluluskan  rumah transit MADANI di bawah skim perumahan transit belia seluruh negara.

“Saya telah berbincang tentang isu perumahan anak muda, (dan) saya ingin menyebutkan kerajaan telah meluluskan rumah transit MADANI, bawah skim perumahan transit belia seluruh negara,” kata Presiden UMNO itu.

Mengenai isu kebankrapan peminjam pendidikan Mara, Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memperhalusi perkara berkenaan bagi meringankan beban peminjam dan membela nasib mereka.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata beliau turut akan mengkaji cadangan daripada perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan. 

“Kalau inilah kehendak perwakilan, saya akan usahakan sebagai satu agenda,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar