web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kalimah Allah: KDN Adakan Libat Urus Dengan Cendekiawan Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:14AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Majlis Libat Urus Bersama Cendekiawan Islam dan Asatizah di Parlimen semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Majlis Libat Urus Bersama Cendekiawan Islam dan Asatizah di Parlimen semalam, sebagai satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran berkaitan penggunaan kalimah Allah.

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, majlis tersebut selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun lepas, supaya kerajaan mengharmonikan situasi semasa dan pada masa sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara, kemaslahatan ummah dan kedudukan Baginda serta Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.

Melalui sesi libat urus itu, para jemputan telah diberikan ruang untuk mengutarakan cadangan bagi menoktahkan isu berbangkit mengenai kawalan dan penguatkuasaan penerbitan yang berkenaan di Malaysia, dalam lingkungan skop mengekalkan dasar sedia ada berhubung penggunaan kalimah Allah.

“Dapatan siri libat urus tersebut kelak akan diteliti dan dirumuskan di peringkat KDN, dalam bentuk cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran yang baharu, sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri, setelah mengambil kira keputusan dasar daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Majlis Raja-Raja, yang kesemuanya dijadualkan pada 2023,” menurut  kenyataan KDN itu.

KDN turut memberikan penerangan terperinci mengenai pendirian dan komitmen kerajaan dalam menyelaraskan peruntukan undang-undang Islam demi keselamatan negara, kemaslahatan ummah serta kedudukan Institusi Diraja.

Kenyataan itu memaklumkan siri libat urus tersebut akan diteruskan dengan segmen pihak berkepentingan lain, khususnya bersama Key Opinion Leader, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bagi memastikan KDN memperoleh cadangan dan penyelarasan yang holistik dalam urusan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN 1986.

KDN juga menyatakan komitmen mereka dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam dari semasa ke semasa, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad