web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Tembok Perlu Diruntuh Pastikan Keberkesanan Slogan 'Segulai Sejalai'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:36AM

Tembok yang dimaksudkan ialah perbezaan etnik, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, generasi digital, jantina, federalisme politik, perbezaan kelas serantau dan kegunaan sosial. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh tembok perlu diruntuh bagi memastikan keberkesanan cogan kata perpaduan untuk seluruh negara ‘Segulai Sejalai’ seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Felow Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir berkata tembok itu ialah perbezaan etnik, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, generasi digital, jantina, federalisme politik, perbezaan kelas serantau dan kegunaan sosial.

“Saya percaya jika ada komitmen, kesedaran dan keinsafan daripada semua pihak untuk mengamalkan nilai murni dan mengikis unsur nilai negatif seperti prasangka dan etnosentrisme, slogan tersebut dapat memantapkan lagi erti perpaduan,” katanya dalam program Malaysia Petang Ini bertajuk ‘Segulai Sejalai, Perpaduan Disemai?’ terbitan Bernama TV semalam.

Segulai Sejalai, yang bermaksud seiring sejalan dalam Bahasa Iban di Sarawak, dipilih oleh Anwar sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara selepas beliau tertarik dengan frasa itu yang menjadi motto sambutan Gawai Dayak peringkat kebangsaan yang dihadirinya di Kuching, Sarawak kelmarin.

Jeniri berkata keberkesanan frasa itu akan mengambil masa seperti petikan work in progress yang memerlukan proses berterusan dan dilakukan secara sederhana serta bukan diletak semata-mata di bahu kerajaan.

“Semua pihak termasuk atasan dan bawahan harus berkongsi tenaga, mengambil peduli dan memainkan peranan masing-masing melalui pendekatan pelbagai strategi membabitkan sektor kerajaan, swasta serta komuniti,” katanya.

Beliau juga berkata konsep pendidikan perpaduan harus bermula di rumah secara tidak formal manakala secara khususnya di sekolah dalam memupuk semangat itu dalam kalangan generasi baharu bagi mencapai gagasan masyarakat MADANI dan menyatukan semua kaum di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Sukan 2 tahun yang lalu

FIFA Lancar Slogan Rasmi Piala Dunia 2030

3

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad