web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Korporat Perlu Melabur Untuk Sistem Keselamatan Siber - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:31AM

Difahamkan banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk mereka membuat pelaburan dalam aspek keselamatan siber. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sektor korporat diseru membuat pelaburan bagi memperkenal dasar berkaitan aspek keselamatan siber yang bersesuaian dengan tahap operasi syarikat masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini kerana maklum balas yang diberikan oleh pemain sektor itu mengatakan banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk mereka membuat pelaburan dalam aspek keselamatan siber.

“Bila kita lihat ekonomi digital bakal menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025, sudah pasti antara aspek yang sangat penting selain ekonomi digital itu sendiri ialah keselamatan siber dan perlindungan data. 

“Maka hasil pertemuan malam ini, saya lihat ada kewajaran dan keperluan untuk mengadakan perbincangan yang lebih meluas dengan sektor korporat dan juga mungkin melalui badan-badan profesional yang mewakili syarikat untuk mewujudkan satu kesedaran mengenai keselamatan siber,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog awam Industri Keselamatan Siber anjuran CyberSecurity Malaysia (CSM) di sini malam ini. 

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Fahmi juga berkata menerusi sesi dialog awam itu, beliau berharap sektor keselamatan siber akan terus mendampingi CSM untuk merangka, merancang serta melaksana beberapa perkara berkaitan aspek keselamatan siber dalam negara.

Sementara itu, CSM dalam kenyataan memaklumkan sesi dialog awam itu bertujuan memantapkan lagi usaha Kementerian Komunikasi dan Digital sebagai peneraju pembangunan industri keselamatan siber negara dalam mendepani cabaran serta ancaman siber yang semakin kompleks.

Sesi itu, yang dihadiri 200 pemain industri, turut menjadi platform untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai isu keselamatan siber. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad