web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Berbeza Pendapat Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 9:32PM

Proses perolehan vaksin ketika negara dilanda wabak COVID-19 pada 2019 hangat dibahaskan di Parlimen hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berbeza pendapat dalam proses perolehan vaksin ketika negara dilanda wabak itu pada 2019.

Rata-rata Ahli Parlimen kerajaan mahu proses perolehan lebih telus dilakukan selain menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pembelian vaksin bagi penyakit berjangkit yang lebih jelas untuk menjadi panduan sekiranya negara berdepan situasi penularan wabak seumpama itu pada masa hadapan.

Yeoh Bee Yin (PH-Puchong) berpandangan kelewatan perolehan bekalan vaksin antara kelemahan utama Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan pada Februari 2021.

“Jika kita tengok, perjanjian pertama kerajaan Malaysia dengan Pfizer untuk 12.8 juta dos vaksin ditandatangani hanya pada 27 Nov 2020… malah Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia pada mulanya juga memerlukan 90 hingga 120 hari untuk meluluskan vaksin tersebut.

“Saya mencadangkan supaya ada SOP baharu disediakan daripada pengalaman ini supaya vaksin baharu bagi penyakit berjangkit yang berisiko jadi pandemik boleh diluluskan dengan lebih cepat pada masa akan datang,” katanya pada sesi perbahasan itu.

 RSN Rayer - Gambar dari Jabatan Penerangan
RSN Rayer - Gambar dari Jabatan Penerangan

Senada dengan beliau, RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoal sama ada Malaysia ketika itu berdepan kekangan wang sehingga lewat 60 hari untuk mendapatkan vaksin berbanding negara Asia lain.

Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pula membangkitkan isu jumlah perolehan dan status pemberian vaksin yang didapati tidak seimbang sekali gus menunjukkan wujud pembaziran dana awam malah terdapat laporan mengatakan sebanyak enam juta vaksin luput tanpa digunakan.

“Vaksin tidak terpakai ini melibatkan soal ketelusan, jadi adakah ada pihak sengaja memesan lebihan dos vaksin sehingga wujud ketidakpadanan permintaan dan pembelian vaksin,” katanya yang turut mempersoal trend penerimaan dos penggalak lebih rendah berbanding jumlah yang diunjurkan kerajaan.

Ahli Parlimen pembangkang pula berpendapat kerajaan mengambil masa dalam proses perolehan vaksin kerana berdepan kekangan kewangan selain mengambil kira faktor keberkesanan vaksin baharu.

Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) berkata ketiadaan prosedur pembelian vaksin tanpa kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara menyumbang kepada kelewatan perolehan pelalian itu.

“Di awal pandemik, tidak ada satupun dapat kelulusan WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia)... masih dalam fasa kajian badan-badan farmaseutikal.

“Ini satu risiko sangat besar kerana kita tidak seperti negara lain yang sanggup letak wang berlipat kali ganda untuk vaksin yang belum diketahui keberkesanan dan keselamatannya,” kata beliau.

Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) pula mencadangkan agar kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap perolehan vaksin dari negara luar dengan meningkatkan pembangunan vaksin dalam negara yang bertaraf antarabangsa sebagai persediaan berdepan kemungkinan berlaku wabak sama pada masa hadapan.

Lukanisman Awang Sauni - Gambar dari Jabatan Penerangan
Lukanisman Awang Sauni - Gambar dari Jabatan Penerangan

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni ketika membentangkan kertas putih itu menjelaskan proses perolehan vaksin COVID-19 mulai 2020 hingga 2023 mengambil kira beberapa perkara utama meliputi punca kuasa pelaksanaan perolehan, kaedah perolehan dan pengecualian tatacara perolehan sedia ada.

"Kertas Putih ini antara lain menyentuh perkara utama seperti punca kuasa perolehan vaksin COVID-19, pemantauan jadual penghantaran dan penerimaan vaksin, sistem pengurusan vaksin, kaedah perolehan vaksin dan rumusan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad