web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Harap Kerajaan Perpaduan Gugur Kes Setiausaha Agung Perhimpunan ‘Mana Kapal LCS?’  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 4:43PM

Amir Hariri Abd Hadi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menuntut Kerajaan Perpaduan agar pihak pendakwaan menggugurkan kes mahkamah melibatkan Setiausaha Agung parti, Amir Hariri Abd Hadi yang kini didakwa berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Tuntutan itu adalah antara perkara terkandung di dalam memorandum yang diserah sendiri oleh Amir Hariri dan penyokongnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Taman Tugu di sini pagi tadi.

Pada awalnya, MUDA dijadualkan menyerahkan memorandum tersebut di hadapan bangunan Parlimen hari ini tetapi diarah berpindah ke lokasi berdekatan di Taman Tugu oleh pihak berkuasa. 

Berdasarkan memorandum itu, MUDA menyifatkan kes mahkamah melibatkan Amir Hariri sebagai pendakwaan politik oleh kerajaan terdahulu. 

“Sehingga hari ini, tiada sebarang maklum balas dan usaha dari kerajaan untuk menggugur pendakwaan terhadap Amir Hariri. 

“Maka, gugurkan pendakwaan terhadap Amir Hariri dan beri keadilan kepada rakyat Malaysia yang bersuara untuk negara,” katanya.

Sebelum ini, Amir Hariri pada Ogos tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan gagal memaklumkan pihak polis berkenaan perhimpunan tersebut. 

Mengikut pertuduhan, individu itu selaku penganjur perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)?’ pada 14 Ogos 2022 pukul 2 petang  di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman didakwa gagal memberitahu polis yang menjaga daerah Dang Wangi, di sini, lima hari sebelum mengadakan perhimpunan.

Pada 14 Ogos tahun lalu, satu perhimpunan dikenali sebagai #ManaKapalLCS diadakan di luar kompleks beli-belah Sogo menyaksikan kira-kira 200 orang menyertainya. 

Perhimpunan #ManaKapalLCS telah diadakan di luar kompleks beli-belah Sogo pada Ogos tahun lalu. - Gambar fail
Perhimpunan #ManaKapalLCS telah diadakan di luar kompleks beli-belah Sogo pada Ogos tahun lalu. - Gambar fail

Tiga hari kemudian, polis menyoal Amir Hariri dan 12 individu lain yang menyampaikan ucapan semasa perhimpunan itu. 

PAC sebelum ini mendedahkan, tiada satu pun LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) secara rundingan terus.

Selain daripada tuntutan pengguguran kes tersebut, MUDA turut menggesa supaya Dewan Rakyat membahaskan skandal LCS dengan segera. 

Pada masa sama, parti komponen Kerajaan Perpaduan itu menggesa supaya semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyuarakan komitmen bersama untuk kerajaan menyiasat skandal LCS secara serius. 

“Jika Laporan Ketua Audit Negara (KLAN) boleh dibahas dalam Dewan Rakyat, maka tuntutan dan perhatian sama juga harus dibuat kepada LCS. 

“Seluruh Ahli Parlimen harus menyatakan komitmen mereka dengan jelas dan terang supaya kerajaan serius menyiasat. Masalah yang timbul hari ini juga kerana tiada lagi suara lantang ahli Parlimen menggesa kerajaan dengan serius,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2023.





 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad