web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Ketua Polis Daerah, SPRM Tahan Pula Pegawai Kanan Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 8:00AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, menahan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, menahan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pegawai berusia 37 tahun itu ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik pusat hiburan, pusat urut, kebun dan kilang kayu di sekitar daerah dalam kawasan penguatkuasaanya.

Sumber dilaporkan berkata, pegawai itu dipercayai meminta dan menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,000 secara bulanan.

“Keseluruhan, pegawai terbabit menerima lebih RM500,000 sejak 2018 hingga 2022.

“Bayaran rasuah ini adalah bagi melindungi pekerja mereka daripada diganggu Imigresen atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja sah,” katanya seperti dilaporkan BH.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, namun enggan mengulas lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu kelmarin, SPRM menahan Ketua Polis Daerah di Pahang kerana disyaki menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

Menerusi kenyataannya, bayaran rasuah dipercayai diterima pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu, disyaki bagi melindungi pusat hiburan dan pusat urut tidak berlesen daripada sebarang tindakan serta gangguan pihak berkuasa. - Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad